Kalau ada benda yang dah lama tersimpan dalam ‘wishlist’, inilah masanya nak grab semula. Mana tahu, makanan yang korang tunggu selama ini boleh dibeli pada harga lebih berbaloi.
Bila sebut tarikh 11.11, mesti ramai terus teringat promosi dan peluang membeli-belah, betul tak? Ada yang siap tunggu tengah malam, masukkan barang dalam troli awal-awal dan pasang peringatan supaya tak terlepas tawaran.
Bukan nak membeli untuk diri sendiri sahaja, waktu macam inilah kita boleh mencari barang keperluan rumah atau hadiah buat insan tersayang. Yang penting, sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing.
Promosi 11.11
Namun, dalam seronok memburu promosi, jangan tengok angka diskaun semata-mata. Cuba bandingkan harga akhir selepas mengambil kira baucar, caj penghantaran dan syarat pembelian. Barulah tahu sama ada tawaran itu benar-benar berbaloi.
Jangan lupa semak juga tempoh promosi, lokasi yang mengambil bahagian serta had penebusan. Sesetengah tawaran mungkin mempunyai syarat tertentu, jadi elok baca dahulu sebelum membuat pembelian.
Buat anda yang sedang mencari promo sempena 11.11, SK himpunkan beberapa promosi untuk anda semua usya. Bolehlah pilih mana yang berkenan dan sesuai dengan poket.
Ini senarainya;





















