Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

OPPO Find X10 Mula Dijual Dari RM4,999, Tawar Promosi Sehingga RM2,927

OPPO Malaysia membuka jualan siri telefon pintar Find X10 pada harga bermula RM4,999, dengan tawaran bernilai sehingga RM2,927 sepanjang tempoh promosi jualan sulung hingga 30 November 2026.

OPPO dalam kenyataan memaklumkan Find X10 ditawarkan pada harga bermula RM4,999, manakala Find X10 Pro Max berharga RM6,999. Tawaran jualan sulung itu merangkumi penjimatan sehingga RM1,250, tertakluk kepada terma dan syarat.

Siri berkenaan dilengkapi sistem kamera Hasselblad True-to-Life Camera serta enjin pemprosesan imej baharu LUMO True Image Engine.

Menurut syarikat itu, Find X10 menampilkan sistem dua kamera 200 megapiksel (MP), manakala Find X10 Pro Max dilengkapi sistem tiga kamera 200MP yang disifatkannya sebagai yang pertama dalam industri.

LUMO True Image Engine menggabungkan tiga komponen, iaitu LUMO Hyper Pixel Engine untuk perincian imej, LUMO True Color Engine bagi penghasilan warna serta LUMO Natural Tone Engine untuk tona yang lebih lembut dan semula jadi.

Sistem itu turut menawarkan rakaman imej 26MP secara lalai daripada sudut ultra lebar hingga zum 9.9 kali, selain kamera warna multispektrum 24 saluran yang menyokong julat dinamik sehingga 15 EV.

Bagi promosi jualan sulung, pelanggan boleh menikmati potongan RM300 menggunakan kad bank terpilih, manakala potongan bagi varian Find X10 12GB+256GB ialah RM200.

Pelanggan turut ditawarkan rebat tukar beli sehingga RM800 bagi peranti OPPO, Apple dan Samsung, selain pelan ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan atau enam bulan melalui SPayLater dengan potongan tambahan RM150.

Setiap pembelian disertakan kotak hadiah pelancaran eksklusif bernilai RM299, sementara stok masih ada. Pelan perlindungan OPPO CARE pula boleh ditambah pada harga istimewa bermula RM259 bersama pembelian.

Pembelian melalui aplikasi My OPPO turut melayakkan pelanggan memperoleh baucar RM400 untuk Find X10 Series Hasselblad Teleconverter Kit, baucar diskaun pelindung skrin RM30 serta tiga baucar RM200 yang masing-masing boleh digunakan bagi OPPO Pad Mini, Enco Clip2 dan Watch X3.

Sementara itu, OPPO bekerjasama dengan CelcomDigi, Maxis dan U Mobile untuk menawarkan siri berkenaan bersama pelan mudah alih.

Melalui CelcomDigi, siri Find X10 ditawarkan bermula RM93 sebulan, manakala tawaran Maxis Postpaid bermula RM85 sebulan. Kedua-duanya menyediakan tawaran bernilai sehingga RM1,578, termasuk kotak hadiah pelancaran dan fon telinga OPPO Enco Air5.

Varian Find X10 12GB+256GB menerusi Maxis pula ditawarkan secara eksklusif dalam talian.

Pelanggan yang membeli siri berkenaan melalui U Mobile ditawarkan sebuah OPPO A7 Pro Max percuma, kotak hadiah pelancaran dan fon telinga OPPO Enco Air4, menjadikan keseluruhan nilai tawaran sehingga RM4,077.

Semua tawaran tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan stok.

Dalam perkembangan berkaitan, OPPO Studio menganjurkan kelas fotografi luar mingguan bagi membantu pengguna meneroka keupayaan kamera siri Find X10.

Sesi yang bermula pada 24 Oktober itu menampilkan jurugambar Abeden Mung, Haziq Zuki, Tammy Shuang, Zairul Puad, Ming Han, Yaosheng dan Yusuf Madi.

Sesi sepanjang November merangkumi tema True Colors pada 7 hingga 8 November, True Portrait pada 14 hingga 15 November, True Zoom pada 21 hingga 22 November serta True Create pada 28 hingga 29 November, sebelum diakhiri dengan Sabah Grand Trip pada Disember.

OPPO turut memaklumkan pihaknya menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Tourism Malaysia pada 8 Oktober 2026 bagi meneruskan kempen “Rediscovering Malaysia Through the Lens”.

Menerusi kempen itu, jurugambar Haziq Zuki, Yusuf Madi dan Zairul Puad menggunakan telefon pintar siri Find X untuk merakam destinasi, masyarakat serta budaya tempatan, termasuk pembuat wau di Kelantan dan panorama Bima Sakti di Pulau Mawar, Johor.

Hasil fotografi berkenaan dipaparkan menerusi akaun Instagram OPPO Malaysia dan akaun jurugambar yang terlibat.