Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari. Kemalangan jalan raya berisiko meragut nyawa pengguna jalan raya. Selain kerosakan kenderaan dan jalan raya, kemalangan yang berlaku juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecederaan. Namun begitu, disebalik kemalangan yang berlaku sudah pastinya ada pengguna jalan raya yang lain ingin mengambil gambar kejadian tersebut.
Kebiasaannya, pengguna jalan raya yang mengambil gambar atau merakamkan video kemalangan adalah bertujuan untuk memuat naik ke dalam akaun media sosial mereka. Oleh itu, mereka akan memperlahankan kenderaan mereka dan sudah pastinya boleh menyebabkan kesesakan. Perbuatan seperti ini dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat.
Namun, bagi mengajar serta mendidik golongan ini, pihak polis Jerman bertindak untuk membawa mereka melihat sendiri keadaan mangsa kejadian.
Policeman belittles gawkers after fatal truck accident
"Shame on you!" Policeman belittles gawkers after fatal truck accident.A lot of people asked for an English version of this video – so here it is!Hinweis: Weil viele uns nach einer Version mit englischen Untertiteln gefragt haben, posten wir dieses Video erneut und auf Englisch.
Posted by BR24 on Wednesday, 22 May 2019
Menerusi rakaman tersebut, pegawai polis menawarkan kepada pengguna jalan raya yang mengambil foto kemalangan untuk melihat sendiri keadaan mangsa kejadian. Namun, dua individu tersebut enggan melihat keadaan mangsa dengan lebih dekat. Berikutan itu, pegawai polis mempersoalkan mengapa perlu mengambil gambar sedangkan diberi pilihan untuk melihat dengan lebih dekat.
Menurut pegawai polis, Stefan Pfeiffer, sekiranya pihak polis cuma mengambil tindakan untuk mengenakan denda terhadap golongan ini, mereka tidak akan menyedari perbuatan mereka salah dan akan mengulanginya pada masa akan datang. Dia juga percaya tindakan seperti ini akan menyedarkan golongan-golongan ini supaya tidak mengulanginya dan jadikan pengajaran buat pengguna jalan raya yang lain.
Sumber: BR24