Siakap Keli
Foto: EPA

(Gambar)Sayu, Imigran Dipaksa Menyorok Dalam ‘Dashboard’ Kereta Untuk Diseludup Ke Eropah

Kompilasi gambar ini menunjukkan betapa terdesaknya golongan imigran untuk memasuki Eropah.

Seorang lelaki ditemui oleh polis yang mengawal sempadan ketika sedang bersembunyi di dalam dashboard sebuah kenderaan yang ingin memasuki wilayah Afrika Utara Sepanyol, Melilla.

Menurut pegawai berkenaan, sebanyak tiga buah kenderaan dihentikan di Beni-Enzar, Maghribi (Morocco) dalam tempoh tiga jam pada hari Sabtu lalu.

Mengejutkan, ada antara mereka yang sanggup menyusup masuk ke bahagian enjin semata-mata untuk melintasi sempadan tersebut!

Polis sempadan turut menemui pendatang haram di belakang tempat duduk belakang kenderaan dan lori dumper dalam posisi yang cukup berbahaya.

Para pendatang tersebut termasuk seorang remaja berusia 15 tahun diselamatkan daripada persekitaran yang sempit tersebut manakala dua daripada mereka masing-masing berusia 20 dan 21 tahun diberi rawatan perubatan.

Pegawai polis turut menyatakan imigran terlibat menunjukkan tanda-tanda sesak nafas, disorientasi dan kesakitan sendi akibat posisi buruk sepanjang perjalanan mereka.

Sementara itu, tiga lelaki warga Maghribi berusia 19, 30 dan 31 ditahan atas tuduhan penyeludupan manusia.

Mereka masing-masing memandu tiga kenderaan berasingan ketika penahanan berkenaan. Dalam kes pada Januari lalu, dua orang lelaki ditemui di dalam tilam yang dijahit dalam usaha merentasi sempadan negara tersebut.

Sempadan Sepanyol-Maghribi menjadi salah satu laluan migran dari Afrika Selatan yang ingin ke Eropah untuk mendapatkan hidup yang lebih baik.

Empat tahun lalu, sekeping gambar yang ironik tular menunjukkan sekumpulan migran dari Maghribi memanjat pagar sempadan berhampiran padang golf elit di Sepanyol – perbezaan dunia elit dan pelarian negara dunia ketiga.

Pemilik gambar berkenaan, Jose Palazon berkata,

“Bagi mereka yang tidak menyokong imigran tersebut akan berkata mereka datang untuk menjajah kita – mencuri, mengambil alih pekerjaan dan mengambil kesempatan ke atas sistem kesihatan kita. Tetapi mereka hanya mahu bekerja dan menghantar wang kepada keluarga mereka.”

Foto: Jose Palazon

Sumver: Daily Mail

Amira

Love yourself.