Zakat merupakan salah satu perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat islam yang memenuhi syarat-syarat wajib bagi menyempurnakan ibadah di bulan ramadan ini.
Tujuan zakat fitrah ini dilakukan adalah untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Tiap-tiap tahun, kadar bayaran zakat untuk setiap negeri akan berubah-rubah. Pengiraan kadar zakat ini dibuat mengikut kadar harga pasaran beras semasa bagi setiap daerah.
Berikut merupakan kadar bayaran zakat fitrah untuk tahun 2019 bagi seluruh negeri di Malaysia:
Perlis – RM 7.00
Kedah – RM 7.00/RM 14.00/RM 21.00
Pulau Pinang – RM 7.00
Perak – RM 7.00/RM 14.00/RM 21.00
Selangor – RM 7.00
Negeri Sembilan – RM 7.00
Melaka – RM 7.00/RM 14.00
Johor – RM 7.00/RM 10.00
Pahang – RM 7.00
Terengganu – RM 7.00
Kelantan – RM 7.00
Sarawak – RM 7.00
Sabah – RM 7.00
Kuala Lumpur – RM 7.00
Putrajaya – RM 7.00
Labuan – RM 7.00
Negeri yang mempunyai lebih dari satu kadar zakat fitrah, pembayar hendahlah memilih kadar bayaran yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka setiap hari. Contohnya, umat Islam di Melaka menjadikan beras super tempatan sebagai makanan hariannya perlu membayar RM7. Manakala, yang makan beras import pula perlu membayar RM14 untuk seorang.
Sumber: My sumber