Siakap Keli

Terbukti Taman Eco World Memang Memukau, Ini Senarai Port Terbaik Untuk Korang Bergambar OOTD

Seolah-olah berada di luar negara, pemandangan di sini semestinya dapat memukau pandangan. Bayangkanlah dapat melihat Menara Eiffel, kincir angin (Wild Wind), pondok telefon merah mahupun langit yang dipenuhi oleh payung di depan mata. Sungguh menakjubkan, terasa seperti terbang beribu-ribu batu jauh ke Eropah.

Lebih-lebih lagi tatkala melihat hamparan flora yang dijadikan lanskap dan penarik utama di sana. Persis seperti diluar negara, Eco Majestic ini pernah dipenuhi oleh lebih 20,000 pengunjung untuk menyaksikan binaan popular dunia dan pelbagai replika yang dihiasi dengan bunga-bungaan.

Gambar : Azhafizah

Pernah dengar tak pasal Eco World? Yup, mesti pernah dengar kan sebab Eco World Development ni antara pemaju hartanah terbesar kat Malaysia meliputi kawasan seperti Johor Bharu, Selangor dan Pulau Pinang. Korang mesti akan terpukau giler bila tengok betapa gah, eksklusif dan mewahnya setiap rekaan mereka.

Paling best kat sini ada banyak tempat-tempat untuk korang selfie dan ambik gambar OOTD tau. Lepas tu boleh la korang upload dan share kat story korang, yayy! Jom tengok tempat super cantik yang boleh korang tangkap gambar OOTD.

Eco Majestic

Gambar : EcoWorld

Eco forest

Gambar : EcoWorld

Eco Grandeur

Acara : Sesi Bergambar Untuk Keluarga

Tarikh : 15 & 16 Jun 2019, 23 & 24 Jun 2019

Gambar : EcoWorld
Gambar : EcoWorld

Eco Sanctuary

Gambar : EcoWorld

Eco Ardence

Acara :  Bazar Jio ( 8 & 9 Jun 2019)

Gambar : EcoWorld
Gambar : EcoWorld

Eco Sky

Gambar : EcoWorld

Kami Nak Kongsi Rezeki Raya Dengan Korang.

Opss, sebelum lupa, kami ada benda nak bagitahu ni. Untuk yang dah bekerja, selalu korang yang kena bagi duit raya kat adik atau anak buah kan? Tapi tahun ni lain sikit sebab korang yang bakal dapat ‘duit raya’!

Paling best sebab ‘duit raya’ korang tu mungkin sebuah telefon bimbit Samsung, peralatan rumah, produk kecantikan, beg tangan atau kasut baru. Biar betul? Laa, mestilah betul, tak baik tau tipu-tipu bulan puasa ni. Hehe.

Tak perlu susah-susah nak beli dah, kami boleh bagi. Amboi, bergaya sakan la tahun ni!

Senangnya Cara Nak Menang Hadiah Raya Dari Eco World

Korang mesti tak sabarkan nak tahu cara nak dapatkan hadiah tu.Caranya mudah sangat tau. Korang hanya perlu bergambar sambil pakai baju raya tahun ni. Bila lagi nak bergaya dengan baju raya kan? Jom tengok apa yang korang kena buat.

Hanya ikut langkah mudah ni untuk menang hadiah :

Langkah 1 : Tangkap gambar #BergayaRayaOOTD korang di mana-mana projek Eco World.

Langkah 2 : Muat naik gambar tersebut di laman Instagram dengan tanda palang (hashtag) #BergayaRayaOOTD dan tag @ewlabs

Langkah 3 : Pastikan akaun Instagram korang ditetapkan kepada ‘public’.

Hadiah Hebat Ni Bakal Jadi Milik Korang!

Wawww, kami sediakan hadiah yang superb menarik untuk korang! Bukan biasa-biasa tau. Dah nak raya kan, jadi kami pun berbesar hati nak kongsi hadiah raya ni dengan korang. Senang je, korang follow je langkah-langkah tadi dan hadiah ni akan jadi milik korang, yay!

Tempat Pertama : Samsung Galaxy S10

Tempat Kedua: Dyson Cyclone V10 Absolute

Tempat Ketiga : Dyson Airwrap Styler Complete

Hadiah Saguhati untuk 5 orang bertuah : Baucer Christy Ng Bernilai RM 200.00

Gambar : MV

Seriously memang best giler kan hadiah yang korang akan dapat kalau korang join contest ni tau. Haa, mana tau rezeki tahun ni dapat beraya dengan telefon atau beg Christy Ng baru kan? Untung lah! Rugi kalau tak join.

Pertandingan ni bermula dari 20 Mei 2019 sehingga 23 Jun 2019. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan #BergayaRayaOOTD, korang semua boleh layari laman web kami EcoWorld, Facebook EcoWorld atau laman instagram Ewlabs.

Semoga berjaya gais, kot-kot rezeki korang terpilih jadi pemenang, hehe. Ingat ye #BergayaRayaOOTD

P/S : Korang boleh hantar penyertaan beberapa kali tapi hanya satu nama akan dipilih untuk setiap tempat (nombor). 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.