Siakap Keli

Filipina Buat Dasar Tanam 10 Batang Pokok Sebagai Syarat Pelajar Tamat Pengajian

Undang-undang baru Filipina memerlukan semua pelajar sekolah menengah dan kolej untuk menanam sekurang-kurangnya 10 batang pokok sebelum mereka menamatkan pengajian.

Undang-undang ini membentuk tradisi menanam pokok setelah tamat pengajian, yang juga diharapkan agar dengan cara ini ia boleh memerangi perubahan iklim global pada masa yang sama.

Penyokong undang-undang negara itu menyatakan undang-undang yang baru sahaja dipersetujui ini boleh menghasilkan 525 bilion pokok ditanam dalam satu generasi jika ia dipatuhi dengan betul.

Wakil Parti Nagdalo Filipina, Gary Alejano yang juga merupakan pengarang utama undang-undang itu berkata “dengan lebih dari 12 juta pelajar lulus dari sekolah dasar, hampir 5 juta pelajar lulus dari sekolah menengah dan hampir 500,000 lulus dari kuliah setiap tahun, inisiatif ini jika dilaksanakan dengan betul, ia akan memastikan sekurang-kurangnya 175 juta pokok baru ditanam setiap tahun. Dalam satu generasi, tidak kurang daripada 525 bilion boleh ditanam dibawah inisiatif ini”

“Walaupun dengan hanya kadar ‘survival’ sekadar 10%, pertambahan 525 juta pokok akan tersedia untuk belia pada masa akan datang untuk dinikmati apabila mereka memimpin negara ini pada masa akan datang”

Pokok-pokok ini dijangka akan ditanam di hutan bakau, hutan sedia ada dan beberapa kawasan perlindungan, kawasan ketenteraan, tapak perlombongan yang telah ditinggalkan dan kawasan bandar terpilih, menurut berita dari CNN Filipina.

Kerajaan berkata, spesis yang terpilih untk menanam mestilah sesuai untuk setiap lokasi, iklim dan topografi di kawasan itu dan juga menjadi pilihan spesis asli.

Filipina adalah salah sebuah negara paling teruk di dunia dengan jumlah penutupan hutan turun dari 70% kepada 20% pada abad ke-20. Pembalakan haram kekal menjadi masalah bagi negara itu dan kekurangan pokok di beberapa kawasan telah memburukkan lagi risiko dan kesan banjir serta tanah runtuh.

Sumber: independent.co

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia