Memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan jalan raya yang telah diwartakan. Perkara ini kerana akan menyebabkan pemandu hilang fokus terhadap pemanduannya dan boleh menyebabkan kemalangan.
Namun, lain pula yang berlaku pada seorang lelaki yang disaman hanya disebabkan menggaru mukanya. Perbuatan yang seakan-akan menggunakan telefon bimbit itu terakam oleh kamera lalu lintas.
Pemandu lelaki yang bernama Liu itu memandu keretanya di Jinan, timur wilayah Shandong, dan telah mengangkat tangannya untuk menggaru muka ketika melalui kamera lalu lintas tersebut.
Dia walau bagaimanapun, telah menerima pemberitahuan yang memaklumkan bahawa telah melanggar undang-undang jalan raya kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Disebabkan itu, dia telah disaman sebanyak 50 yuan (RM30) atas kesalahan berkenaa. Selain itu, dia juga telah ditolak 2 mata daripada lesen memandunya.
Terkesan dengan denda tersebut, Liu telah pergi ke pihak berkuasa untuk menerangkan perkara sebenar. Disebabkan itu, pihak berkuasa telah membatalkan saman yang dikenakan padanya.
Menurut pihak berkuasa, sistem pengawasan lalu lintas berfungsi secara automatik mengenal pasti gerakan pemandu dan kemudian mengambil gambar, disebabkan itulah perbuatan Liu menggaru wajahnya disalah tafsir.
Sumber: BBC