Siakap Keli

“Sebelum Jatuh Terduduk,” Lelaki Kongsi Tips Cara ‘Oldschool’ Simpan Duit Paling Senang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam menyimpan wang simpanan. Namun, berapa ramaikah dari kita yang betul-betul disiplin dengan kaedah penyimpanan wang yang sering kita abaikan?

Bukan mudah, hendak menyimpan wang kerana anda memerlukan iltizam yang kuat serta semangat yang tidak mudah putus asa. Kerana ramai yang masih lagi kurang arif tentang cara menyimpan wang yang paling efisien, kali ini kami akan kongsikan tips oldschool yang telah digunapakai sejak 2 tahun yang lalu oleh seorang lelaki yang bernama Hilmi Jailani.

Mari baca perkongsian beliau.

Gaji baru je masuk seminggu, tapi dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.

Kalau yang sabar, boleh lah hadap maggi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.

Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.

Langkah 1

Mulakan dengan mengajak pasangan anda duduk bersama. Kemudian cuba bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan anda berdua. Boleh rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat. Pada masa ini, jangan cuba nak tipu pasangan kerana setiap duit yang anda dan pasangan anda keluarkan merupakan perbelanjaan anda. Senaraikan juga semua jenis komitmen yang anda berdua perlu tanggung.

Hilmi Jailani

Langkah 2

Cuba bandingkan perbelanjaan anda dengan jumlah gaji yang diterima setiap bulan. Kalau anda nak kira sekali elaun, side income, bonus pun boleh. Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif? Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

Money Coach

Langkah 3

Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan jumlah perbelanjaan yang anda rasa tak perlu. Pada masa ini, cubalah tepuk pipi anda dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Langkah 4

Setiap kali gaji anda dan pasangan masuk, cuba simpan dulu duit siap-siap sebelum anda guna. Berapa amaun yang anda kena simpan? Ini formulanya:

JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Andainya pada bulan tersebut anda dan pasangan mendapat lebihan elaun atau bonus. Simpan wang tersebut dan jadikan ianya sebagai SIMPANAN bukan BELANJA okay.

Langkah 5

Kemudian, cari angpau atau sampul duit raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1.

*1 jenis belanja = 1 sampul.

Wajib tanda besar-besar takut terseluk sampul yang salah pula. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha.

Hilmi Jailani

Langkah 6

Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa pula nak catat.

Hilmi Jailani

Langkah 7

Setiap kali gaji bulanan masuk, periksa dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk. Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau? Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Barulah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan?

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.

Nota kaki:
Yang boleh bayar online, seperti astro, coway dan bil utilities, saya tak masukkan dalam sampul. Tinggalkan amaun cukup-cukup dalam bank untuk bayar. Selesai.

Sumber: Hilmi Jailani

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.