Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Alami Gaya Hidup Pintar dengan Promosi LG AI Home!

Siti Sakinah
Alami Gaya Hidup Pintar dengan Promosi LG AI Home!
Nikmati Bonus AI sehingga RM200 + rebat sehingga RM2,800 dalam kredit eWallet Touch 'n Go dengan pembelian peralatan AI LG yang layak dan produk LG terpilih.

Alami Gaya Hidup Pintar dengan Promosi LG AI Home!

KUALA LUMPUR, 30 JUN 2025 – LG Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk merasai sendiri tahap baharu gaya hidup pintar menerusi promosi ‘LG AI HOME’, yang berlangsung mulai sekarang hingga 31 Julai 2025. Sama ada anda ingin menaik taraf sistem hiburan, memperindahkan ruang kediaman, atau mengubah rumah untuk dikuasakan sepenuhnya oleh AI, inilah masa terbaik untuk melakukannya! Menampilkan Affectionate Intelligence (AI), barisan peralatan pintar LG direka untuk memahami, menjangka, dan memenuhi keperluan harian anda demi mencipta Life’s Good untuk semua.

Sepanjang tempoh promosi, pelanggan berpeluang menikmati AI Bonus hingga RM200 dalam bentuk kredit eWallet Touch ‘n Go dengan setiap pembelian produk AI LG yang layak. Selain itu, nikmati rebat hingga RM2,800 dalam bentuk kredit eWallet Touch ‘n Go untuk pembelian produk terpilih LG seperti LG OLED TV dan QNED TV, penyelesaian dobi LG WashTower™, peti sejuk LG InstaView™, pembersih vakum LG CordZero, penyaman udara LG DUALCOOL™ AI, almari pintar LG Styler™, dan penulen air dan udara LG PuriCare™.

Dengan setiap pembelian produk yang layak, pelanggan berpeluang memenangi satu produk AI premium LG pilihan mereka daripada kategori TV, mesin basuh, peti sejuk, atau penyaman udara. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menjawab soalan: “Mengapa anda memilih produk AI LG?”. Setiap pembelian produk LG yang layak akan menerima satu penyertaan cabutan bertuah, manakala pembelian produk AI LG yang memenuhi syarat akan menerima empat penyertaan, sekali gus meningkatkan peluang untuk menang.

“Di LG, visi kami tentang Affectionate Intelligence adalah untuk mencipta peralatan yang benar-benar memahami keperluan pengguna melalui teknologi pembelajaran mendalam dan adaptif. Menerusi promosi LG AI Home ini, kami ingin memudahkan rakyat Malaysia menikmati inovasi pintar sambil menawarkan ganjaran eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami,” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Di samping penjimatan bagi setiap produk, pelanggan juga boleh menikmati ganjaran tambahan hingga RM400 dalam bentuk kredit eWallet Touch ‘n Go dengan pembelian mix-and-match dua atau lebih produk LG terpilih daripada kategori berbeza. Pelanggan turut berpeluang menikmati rebat khas hingga RM400 kredit eWallet Touch ‘n Go untuk pembelian gabungan TV dan Sound Bar, serta hadiah percuma eksklusif dengan pembelian produk LG terpilih. Bagi yang ingin menaik taraf pengalaman dobi mereka, 60 pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi Tefal All-In-One Solution Ixeo+ (bernilai RM1,899) dengan pembelian LG WashTower™, mesin basuh dan pengering LG, atau mesin basuh muatan hadapan LG terpilih.

“Sama ada anda ingin meningkatkan pengalaman hiburan rumah dengan OLED TV dan QNED TV terkini kami, menaik taraf peralatan harian untuk kemudahan yang lebih pintar, atau melanggan penyelesaian jangka panjang seperti penulen air dan udara PuriCare™, promosi LG AI Home menawarkan sesuatu untuk setiap pengguna. Inilah cara kami menjadikan kehidupan pintar dan terhubung lebih berbaloi serta mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia,” jelas Encik Justin.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini dan kunjungi peruncit sah LG yang terdekat hari ini! Untuk menebus rebat dan hadiah percuma anda, sila hantar invois pembelian anda melalui borang penebusan rasmi di sini: https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-lg-ai-home-promo-2025 sebelum 31 Ogos 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai LG dan promosi LG AI Home, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.