Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan lapan buah negeri sehingga jam 7 malam ini. Antara negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
#ributpetirMMD
Posted by Malaysian Meteorological Department on Wednesday, 29 May 2019
Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat ialah sekitar Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda (Kedah), Hilir Perak dan Muallim (Perak), Jerantut, Maran dan Rompin (Pahang), Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Petaling (Selangor), Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang (Johor), Sri Aman, Betong dan Sarikei (Sarawak), Sandakan (Telupid dan Sandakan) (Sabah).
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia