Siakap Keli
Gambar Hiasan

9 Hari Koma, Remaja Terjaga Lepas Ibu Sembur ‘Deodorant’ Kegemaran

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Kacper Krauze ditimpa musibah ketika sedang mendayung bersama rakannya di sebuah sungai beku sebelum koma selama 9 hari.

Mangsa dikatakan terjunam ke dalam permukaan sungai tersebut selama lebih kurang 25 minit dan mengalami komplikasi apabila denyutan jantungnya terhenti sebelum dapat dikembalikan seperti biasa di dalam ambulan ketika perjalanan menuju ke hospital.

North News

Meskipun denyutan nadinya telah kembali normal, namun dia masih berada dalam keadaan koma selepas 9 hari kejadian tersebut berlaku. Kacper dikatakan tidak sedarkan diri dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor dan keluarganya, namun masih tidak mendatangkan hasil yang positif.

Sehinggalah pada suatu hari Wioletta, 43 yang merupakan ibu kepada Kapcer dikatakan telah menyembur badan anaknya dengan semburan badan kegemarannya sebelum anaknya memberikan respon dengan membuka matanya.

North News

Bagaikan suatu keajaiban, Wioletta kemudiannya memberitahu perkara tersebut kepada jururawat yang sedang bertugas sebelum memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas Kacper.

Kacper kini dikatakan sedang menjalani rawatan pemulihan susulan.

Dailymail

Wioletta turut berkata, “Seorang jururawat telah mencadangkan saya membawa beberapa peralatan kelengkapan peribadi milik Kacper kerana mungkin barang tersebut boleh memberikan respon positif kepada anaknya untuk sedar kembali.”

Sumber: Dailystar

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"