Siakap Keli

“Aku Tabik Spring Lah,” Tindakan JPJ Bantu Lima Beranak Balik Rumah Dapat Pujian Netizen

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenali sebagai jabatan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Badan ini berperanan untuk memastikan urusan-urusan berkaitan jalan raya dan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Selain menjalankan urusan-urusan tersebut, pegawai-pegawai penguatkuasa JPJ juga tidak lekang daripada membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan penguatkuasa dari Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, KPP Sulaiman bin Mohd Saad, PP Rainul dan PP Raja Hariri kerana telah membantu sepasang suami isteri dan tiga anak mereka yang berumur 5 tahun hingga 5 bulan di R&R Rawang yang dalam perjalanan dari Kula Lumpur ke Bukit Beruntung Rawang dengan menaiki motosikal.

Ketika pasukan terbabit dalam tugasan rondaan sempena Ops Bersepadu HRA 2019 pada jam 1 pagi, pasukan tersebut telah tersempak dengan keluarga ini yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Oleh sebab mereka mempunyai anak kecil KPP Sulaiman telah mengarahkan PP Hairul dan PP Raja Hariri untuk mengantar ibu serta tiga anak mereka pulang ke rumah di Bukit Beruntung menggunakan kenderaan penguatkuasa dan diekori suami beliau yang menunggang motosikal.

Tugas rondaan penguatkuasaan diteruskan sejurus selamat menghantar keluarga terbabit di rumah mereka.

Terkesan dengan bantuan yang diberikan terhadap keluarga tersebut, rata-rata pengguna laman Facebook memuji tindakan pegawai-pegawai penguatkuasa yang terlibat.
“Aku tabik spring lah”
“Semoga mereka yang membantu dan dibantu dalam peliharaan Allah”

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa