Sedih bila haiwan peliharaan yang hidup bersama dan sudah dianggap sebagai ahli keluarga tiba-tiba sakit dan mati tanpa tahu punca. Begitulah yang dirasai oleh Emy melalui thread yang ditulis di akaun twitter peribadinya. Dia menceritakan bagaimana dia excited membeli songkok untuk Oren, iaitu kucing peliharaanya yang akan digayakan di pagi raya nanti.
Hari ahad pergi mood republic ingatkan nak shpping raya tapi tak beli apa pun. Tiba2 nampak songkok meow. Terus beli sebab excited sangat nak beli untuk oren… dah terbayang dah mesti handsome di pagi raya ❤️ pic.twitter.com/WypBCLAEOY
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Oren muntah-muntah dan hilang seharian
Harini, selasa pagi. Dia balik. Tapi dalam keadaan yang lemah sangat.. tak bermaya. Adik ambik dia letak atas katil tidur sebelah aii. Aii pun happy la dia dah balik then tidur sebelah dia
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Emy sempat ambil gambar Oren bersongkok
Then aii tengok dia mcm dah okay sikit jalan dengan keadaan yg lemah nak minum.. aii keluar pergi aeon. And someone says suruh bagi dia minum air kelapa sebab takut terminum racun.. and aii beli kelapa untuk dia nk bg minum 😭 pic.twitter.com/7Xv5OAp7l6
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Tak sempat…
Dengan pantas ni balik rumah.. tiba2 otw balik tuuu ayah update lagi and cakap… 😔 pic.twitter.com/h9S8WXfvI5
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Tak sempat jumpa ayah dah tanam
Sampai je rumah ingatkan dapat tanam dia.. Tapi tiba2 dah takdaa & ayah pun takda. Terus call ayah tanya semua. Ayah cakap ayah dah tanam dia kat surau 😔
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Bilaa awak dah besar ni, nampak la awak ni mcm hero gadis. Soo aii belikan awak songkok 😣 tapi rasa mcm terlambat je belikan then rasa nyesal buli awak dulu 😭 pic.twitter.com/owNix8p5DZ
— Emyyy (@emyliaysf) May 28, 2019
Adik si Oren, Putih
Btw, putih dah tak nangis🤗 pic.twitter.com/XaGhZllezs
— Emyyy (@emyliaysf) May 29, 2019
Tidak semua merasai kesedihan yang dirasai oleh pemilik kucing ini melainkan ia juga seorang pencinta haiwan. Perkongsian meruntun jiwa ini dikongsi oleh wargamaya sebanyak 14k retweet dan 9k tanda ‘like’. Rata-rata pembaca juga merasai kesedihan Emy dan keluarga.
Sumber: Twitter Emyyy