Siakap Keli
mosalah jota
Gambar: mosalah/Instagram

Tribute Mosalah Buat Diogo Jota

Tribute Mosalah Buat Diogo Jota

Bintang bola sepak Liverpool, Mohamed Salah berkongsi rasa sedih atas pemergian rakan sepasukannya, Diogo Jota, yang maut dalam satu kemalangan tragis di Sepanyol pada Khamis.

Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Salah mengakui dia berasa ‘takut’ untuk kembali ke Liverpool selepas insiden menyayat hati itu.

“Saya benar-benar kehilangan kata-kata. Sehingga semalam, saya tidak pernah menyangka akan ada sesuatu yang boleh buat saya takut untuk kembali ke Liverpool selepas cuti.

“Rakan sepasukan datang dan pergi, tetapi bukan seperti ini. Sukar untuk terima bahawa Diogo tidak akan ada lagi apabila kami kembali nanti.

“Doa saya bersama isterinya, anak-anak serta ibu bapanya yang kehilangan anak secara tiba-tiba. Mereka yang rapat dengan Diogo dan adiknya, Andre, perlukan sokongan sepenuhnya. Mereka tidak akan dilupakan,” tulis Salah penuh emosi.

https://www.instagram.com/p/DLrxW2fNdR1/?igsh=MTA5MzVyNDZwdTJxdA%3D%3D&fbclid=IwY2xjawLUnbVleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFrajROQWtXMTk0WHBXVnIyAR4TVwMzXVE8mUmhK53640MHdXIFvFnoCg_F8BrguPkDvK1TK82T1cB9K5oY-Q_aem_KUg9YODE6IquKKoZIjV6qg

Korban cuti, Salah pulang awal ke Liverpool

Difahamkan, Salah yang sedang bercuti kini telah memendekkan percutiannya dan dijadualkan pulang ke United Kingdom pada Jumaat.

Ia adalah lebih awal daripada tarikh asal bagi menyertai latihan pra-musim Liverpool yang akan bermula Selasa, 8 Julai ini.

Menurut laporan media dari Mesir, pemain kebangsaan Mesir itu sebelum ini menghabiskan masa cuti di beberapa lokasi.

Namun, Salah membuat keputusan untuk segera kembali ke pangkuan kelab selepas mendengar berita pemergian Jota.

Dunia bola sepak berkabung

Jota dan adiknya, Andre Silva, dilaporkan terbunuh dalam kemalangan kereta ketika dalam perjalanan ke Santander untuk menaiki feri pulang ke England.

Difahamkan, Jota dinasihatkan untuk tidak menaiki penerbangan selepas menjalani pembedahan paru-paru, menyebabkan dia memilih untuk pulang melalui jalan laut.

Pemergian Jota merupakan tamparan hebat buat kelab Liverpool yang baru sahaja meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 27 tahun itu baru menyambut kejuaraan liga pertamanya bersama The Reds sejak menyertai kelab dari Wolverhampton Wanderers pada September 2020 menerusi perpindahan bernilai £45 juta.

Sepanjang bersama Liverpool, Jota membentuk hubungan rapat dengan Salah dan kedua-duanya telah bermain bersama dalam 150 perlawanan.

BACA: Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota

BACA: Baru 2 Minggu Bergelar Suami, Diogo Jota Pergi Tinggalkan Isteri & Anak

BACA: Jurgen Klopp Berduka Atas Pemergian Diogo Jota

Sumber: mosalah/Instagram, The Mirror

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.