Siakap Keli
Gambar: Suara.tv

Kes Pecah Cermin Kereta Akibat Di Hon, Polis Cari 2 Orang Lelaki Bermotosikal

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal lelaki yang memecahkan cermin sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun. Tindakan tersebut adalah disebabkan pemandu kereta tersebut membunyikan hon kepada lelaki berkenaan yang berborak dengan kenalannya sehingga menganggu laluan jalan raya.

Berikutan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis atas tindakan lelaki tersebut. Oleh itu, pihak polis sedang giat  mencari lelaki terbabit. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan telah mengesahkan kejadian tersebut dan telah memaklumkan mangsa telah membuat laporan polis.

Mangsa telah memaklumkan bahawa lelaki terbabit memukul cermin kenderaan miliknya sehingga retak dan mengatakan insiden itu berpunca daripada kesalahannya. Akibat itu, cermin keretanya mengalami keretakan dan hampir pecah. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Kasturi Seksyen 12, Taman Bukit Serdang petang semalam.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut telah dikenal pasti dan sedang dikesan bagi siasatan lanjut. Pihak polis juga meminta agar orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa lelaki terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyerahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Menerusi rakaman yang tular, dua lelaki dilihat menunggang dua motosikal sambil berbual dihadapan kereta yang dipandu sekitar jam 5.50 petang. Mangsa yang kemudiannya memotong kedua-dua motosikal lantas membunyikan hon dikejar oleh kedua-dua lelaki tersebut dan memecahkan cermin kereta mangsa. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa