Siakap Keli

‘Siang’ 24 Jam, Penduduk Norway Solat Dalam Terang, Bukti Kehebatan Allah Matahari Tak Tenggelam Hingga Malam

Solat tarawih merupakan ibadat sunat yang dilakukan dalam bulan puasa bagi mengejar ganjaran pahala yang berlipat ganda. Solat sunat tarawih akan dijalankan pada sebelah malam sejurus selepas solat Isyak dikerjakan. Namun, lain pula yang terjadi suatu tempat yang mengerjakan solat tarawih pada waktu malam tapi dibawah sinaran matahari.

Fenomena yang berlaku di Artik, Norway itu sungguh menakjubkan apabila matahari masih kelihatan walaupun malam sudah menjelma. Rakaman video dari Imam Waleed Hakeem menceritakan segalanya.

Subhanallah, we just finished taraweeh, and at my north side is the midnight sun. Let me tell you about how it is mentioned in Surat Alkahf and how we fast in arctic Norway! 🙂

Posted by Dr. Waleed Hakeem – The Travelling Imam on Friday, 17 May 2019

Tambah beliau, matahari di situ bergerak secara bulatan di sekitar langit sepanjang hari. Disebabkan itu, matahari tidak berada dikedudukan sebelah barat, namun berada di sebelah utara. Selain matahari pada waktu malam, keindahan pada Artik, Norway itu juga termasuklah keindahan bulan penuh.

Walau bagaimanapun, fenomena matahari pada waktu tengah malam telah disebutkan di dalam Surah Al-Kahfi. Melalui firman Allah SWT mengenai Zulqarnain A.S,

Allah SWT memberinya kebolehan untuk mengembara jauh dari sebelah timur ke barat dan semasa pengembaraan itu, Allah SWT berkata apabila seseorang itu yang Allah tidak memberi sebarang perlindungan daripada matahari. Segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bahagi mereka sesuatu yang melindunginya daripada cahaya matahari itu.

Suasana di sana juga dikatakan sangat seronok dan sejuk. Menurut beliau, berpuasa di sana hanya perlu menahan diri daripada lapar. Perkara ini adalah kerana mereka sukar untuk berasa dahaga kerana cuaca yang dingin. Namun begitu, fenomena matahari pada waktu malam ini tidak berkekalan, tetapi ianya hanya untuk beberapa tahun sahaja.

Sumber: Dr. Waleed Hakeem

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.