Siakap Keli

“Beauty With Brain”, Anak Malaysia Dinobat Pelajar Terbaik Universiti Berprestij Amerika Syarikat

Beauty with brain.” Itulah gelaran selayaknya bagi Nurul Jannah Binti Zamber, 23 yang berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan.

Dengan CGPA 3.95 dan mencapai Cum Laude atau The Highest Honors, anak kelahiran melayu Johor tersebut turut menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada universiti tersebut.

Anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan alumni MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California.

Setelah menamatkan pembelajaran di MRSM, beliau telah meneruskan pengajiannya dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun diikuti Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.

Gambar: Ewarta MARA

“Nurul Jannah memilih bidang ini kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik,” kata wakil Pejabat MARA Washington.

Bukan itu sahaja, Jannag turut melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan sebagai pembantu penyelidik untuk beberapa tajuk penyelidikan antaranya

  • “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”
  • “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias”
  • Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”

Menurut wakil Pejabat MARA di Wahington lagi, Jannah memperoleh tempat pertma daripada 110 orang graduan Kejuruteraan Biomedical serta dimasukkan ke senarai khas pelajar cemerlang digelar “Matthe Leydt Society”  gabungan pelajar terbaik daripada 10 universiti terbaik di New Jersey yang merangkumi 2 peratus daripada pelajar terpilih universiti berkenaan.

Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada anak muda di Malaysia.

“Looks are only skin deep. Real beauty is intelligence, kindness, charm, loyalty and a caring heart.”

Sumber: eWarta MARA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.