Siakap Keli
Gambar: 11Street

Kipas Berpusing Setiap Hari, Tapi Macam Mana Habuk Boleh Melekat?

Menjelang Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi, pastinya kebanyakan isi rumah sedang sibuk membuat persiapan raya. Antaranya ialah membuat kuih raya dan mengemas rumah.

Aktiviti mengemas rumah termasuk mengemop lantai, mencuci cermin tingkap dan juga membersihkan kipas yang berhabuk. Namun, menjadi tanda tanya mengapakah kipas terutamanya kipas siling berhabuk sedangkan ia berpusing pada setiap hari. Apabila kipas berpusing dan menghasilkan angin, sudah pastinya habuk akan ditolak ke tempat yang lain?

Gambar: Toluna

Jawapan bagi persoalan ini perlulah dikaitkan dengan sains di mana kita perlu melihat komposisi habuk bersama beberapa bidang sains yang berbeza termasuklah kuasa elektromagnet dan dinamik bendalir. Bagi peringkat awal, kita perlu memahami konsep debu itu sendiri.

Kebanyakan habuk yang terdapat di rumah terhasil dari kulit dan sel rambut mati dari manusia. Tubuh kita sentiasa akan menghasilkan semula sel-sel kulit setelah sel-sel terdahulu yang menyebabkan banyak zarah debu mikroskopik terapung di udara, di sekeliling ruang rumah sepanjang masa.

Ia juga dapat dikaitkan dengan cas elektrik pada molekul habuk dan bilah kipas itu sendiri. Perkara ini kerana kebanyakan zarah-zarah habuk yang terdapat di rumah mempunyai beberapa jenis cas elektrik yang membolehkan molekul habuk menarik satu sama lain.

Selain itu, bilah kipas yang bergerak dengan pantas juga akan menggosok dan bertembung dengan molekul udara sehingga menyebabkan angin ditolak menjauhi bilas kipas.

Gambar: Mingguan Wanita

Disebabkan itu, proses yang dikenali sebagai elektrik statik akan terbina disekitar hujung kipas. Disebabkan molekul habuk kebanyakan terapung di udara, ianya akan  berinteraksi dengan bilah kipas dan melekat padanya.

Debu akan ditarik lebih banyak sekiranya bilah kipas berputar menghasilkan cas daripada daya geseran.

Kesimpulannya, hubungan antara molekul habuk yang boleh melekat antara satu sama lain dengan tahap debu pada bilah kipas akan membuatkan bilah kipas berhabuk dengan banyak.

Sumber: Science ABC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa