Siakap Keli

Lelaki Yang Bantu Buat Kerja Rumah Mempunyai EQ Lebih Tinggi, Ini Penjelasan Pakar

Sayu terasa apabila mengingati hanya tujuh hari sahaja lagi, bulan mulia ini bakal meninggalkan kita. Ini bermakna bahawa kita sudah terlalu hampir untuk bertemu dengan satu Syawal untuk menyambut lebaran. Hari yang semestinya dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam.

Dengan masa yang agak suntuk, pastinya ramai di antara kita sudah membuat persiapan awal. Selalunya dapat dilihat, wanitalah yang selalu bersemangat membuat persiapan untuk keluarganya. Dalam kesibukan bekerja, mereka harus mencuri sedikit masa untuk membeli, menempah baju,  kuih raya, menyediakan barangan untuk pulang beraya dan sebagainya.

Tidak dinafikan keterujaan menjelang Aidilfitri kadang-kadang membuatkan wanita terkejar-kejar membuat semua perkara bersendirian. Disebabkan itulah, suami yang prihatin akan sentiasa berada di samping isteri untuk membantu.

Selalunya para suami inilah yang akan menolong mengemas, mengangkat barang-barang berat mahupun menyediakan tempat untuk memasak rendang, lemang dan sebagainya.

Gambar Hiasan

Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Huang Wei Li dari Taiwan mendapati lelaki yang selalu membantu membuat kerja rumah akan mempunyai 3 kelebihan iaitu EQ yang tinggi, sihat tubuh badan dan kehidupan yang lebih cergas.

Emotional intelligence (EQ) atau kecerdasan emosi adalah lebih penting dari kecerdasan akal (kebijaksaan) IQ seseorang. EQ sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan karier seseorang individu. Oleh itu, seseorang yang mahu berjaya dalam kerja perlu bijak ‘membaca’ isyarat dan memberi tindak balas yang sepatutnya kepada orang lain.

Bagi kebanyakan orang, kecerdasan emosi (EQ) adalah lebih penting daripada kecerdasan seseorang (IQ) dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan dan karier mereka. Sebagai individu kejayaan kami dan kejayaan profesion hari ini bergantung kepada kemampuan kami untuk membaca isyarat orang lain dan bertindak balas dengan sewajarnya kepada mereka.

Perkara ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka melakukan tugas iaitu ketika pulang dari kerja, tetap membantu menyelesaikan tugasan di rumah. Ini bermakna mereka dapat memperuntukkan masa dan menyempurnakan dua tugas yang berbeza.

Bahkan mereka tidak berkira untuk berkongsi ‘kerja’ demi membantu pasangan mereka. Lelaki jenis ini membuktikan bahawa mereka sememangnya ‘cerdik’ dari segi emosi dan bijak untuk melegakan tekanan sekiranya berdepan dengan situasi tertentu.

Gambar Hiasan

Mereka turut berasa empati terhadap pasangan dan akan memberika manfaat pada hubungan kekeluargaan mereka dalam jangka masa yang panjang.

Dr. Huang Wei Li juga menambah bahawa lelaki yang suka membantu membuat kerja rumah terdorong untuk mempungai kehidupan yang lebih sihat dan tidak akan menghabiskan masa melakukan perkara tidak berfaedah diluar rumah.

Cuma pertolongan kecil seperti membasuh baju, mop lantai, membasuh pinggan sebenarnya dapat meringankan tugas seorang isteri. Para suami jangan hanya duduk di sofa dan menonton televisyen. Kerana apabila terlalu banyak duduk, ia akan mengalakkan seseorang untuk mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular.

Dr Huang Wei Li juga menjelaskan bahawa dengan kesibukan sekarang, ramai indibidu yang tidak sempat beriadah, jadi membuat kerja rumah merupakan pengganti yang baik untuk aktiviti tersebut.

Sumber : SETN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.