Siakap Keli

Sekeping Gambar Pengubat Jiwa Di Pagi Raya

Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima. Tiada sesiapa yang akan memahami sedihnya perasaan kehilangan ini melainkan mereka yang pernah melaluinya. Hanya jiwa yang tabah mampu menerima ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Ibu adalah segalanya. Jasa mereka melahirkan dan mendidik anak-anak tidak terbalas hingga ke akhir hayat. Kerana itulah darjat seorang ibu itu diangkat ke tahap paling tinggi hingga syurga berada di bawah tapak kakinya.

Hanya Tuhan tahu betapa rindu hatinya kepada ibu yang telah lama ‘pergi’ terutama menjelang Aidilfitiri ini.  Mengakui hatinya sebak setiap kali mengenangkan susuk tubuh yang telah lama tidak ditatap, impiannya setiap kali tiba Ramadhan ialah bertemu dan menatap wajah polos ibu, namun sehingga kini masih belum diizinkan Tuhan.

Dear Mom, Happy mothers day. Selamat hari ibu. 

It’s been another whole year without you. Dimanapun mom berada, Ari sentiasa doakan yang terbaik untuk mom. 

Mungkin takdir untuk berjumpa darah daging sendiri bukanlah dalam waktu terdekat namun andailah kata antara kita dua yang pergi menghadapNya, ari mengharap dapat berjumpa dengan mom biarpun hanya seketika. 

In the end of the day, apa yang tinggal hanyalah waktu…. And mom, hope u know that the song that i wrote is special gift from me to you. When every time i sing the song, just know that i’m thinking of you. Much love, Ari 

Dilahirkan di Sabah, B-Heart atau nama penuhnya Hairil Azrie B Henri sudah lama menjadikan kisah hidupnya sebagai cerita utama dalam setiap bait lagu.

Kehebatannya dalam penulisan lagu digarap buat penyanyi terkenal lain seperti Amy Mastura, Malique, Adeep Nahar, dan Gard.  Sudah lama dalam muzik hip hop, dia memulakan kariernya pada usia 14 tahun dengan menghasilkan puisi dan ritma sendiri.

Lagu ‘Bilang Mama’ ditulis sendiri oleh B-Heart dan diterbitkan Rauzan Rahman berdasarkan pengalaman peribadinya.  Mungkin sukar buat dirinya untuk mengungkapkan segala isi hati yang tersirat dan tersurat dengan bicara, oleh itu, naskhah ‘Bilang Mama’ ini menjadi medium penyampaian kata hatinya.

Kama,
Kita perlukan
Kasta,
Kita mahu lupakan

Tolong bilang mama jangan bimbang,
Anaknya sudah tahu,
Hati menghukum tak seimbang,
Tiap saat, tiap detik, tiap waktu

Tinggal waktu
Tinggal waktu
Tiap saat, tiap detik, tiap waktu
Tinggal waktu
Tinggal waktu
Tiap saat, tiap detik, tiap waktu

Kamu cuba lakar,
Lukisan demi lukisan demi lukisan terasa macam pakar,
Guna darah aku, yang diconteng, tidak sempurna yea, nampak pudar babe

Telan semua saat kita juang yea,
Susah percaya kau dan ku sorang yea,
Meski gagal tetap takkan curang yea,
Tuang kalau keruh kita buang yea,

Tolong bilang mama jangan bimbang,
Anaknya sudah tahu,
Hati menghukum tak seimbang,
Tiap saat, tiap detik, tiap waktu

Tolong jangan kau bimbang
Bukan hanya kau sorang

Kama
kita perlukan
Kasta
Kita mahu lupakan

Gambaran hidupmu,
Pandangan penuh impian,
Tiada tandingan atau saingan,
Masih cuba kenal, isi hati,
Sampai nanti, kita berada di hujung pangkal yea,

Kurang interaksi,
Alah bisa tegal biasa,
Kurang suka tapi macam biasa,
Kata OK sesaat ku beredar,
Separa sedar, selama ini,
Tersentak terjaga, berseloka aku disisi,

Aku faham,
Walau ianya kelat tetap aku akan hadam,
Aku faham,

Cuma beri aku masa untuk aku mahu padamkan.

Bertahun lamanya tidak bersua, namun wajah ibunya masih terpahat teguh dalam ingatannya. Saksikan video penuh klip video lagu ‘Bilang Mama’ untuk mengetahui gambaran wajah cinta hatinya.

Tiap saat, tiap detik, tiap waktu keinginannya meruap-ruap untuk bertemu ‘kekasih’ hati. Mungkin esok, mungkin lusa, dan kapan bila, sehingga tuhan mengizinkannya.

Moga Aidilfitri kali ini dapat mempertemukan kembali ‘pasangan’ sejati ini dan memberi seribu erti.

‘Bilang Mama’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify dan YouTube.

IKUTI B-HEART DI MEDIA SOSIAL
Instagram – https://www.instagram.com/itsbheart 
Facebook – https://www.facebook.com/itsbheart

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.