Siakap Keli

Gagal Dihubungi Sejak April, Bekas Pemain Kedah Dilaporkan Hilang Tanpa Kesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menerima kunjungan bulan mulia, Syawal. Namun dalam kemeriahan dan keterujaan ini, kami mendapat perkhabaran duka bahawa seorang bekas pemain bola bagi pasukan Kedah telah dilaporkan hilang.

Bagi seluruh peminat sukan bola sepak tanah air pastinya anda mengenali Fazliata Taib. Pemuda yang berusia 33 tahun itu dikatakan sudah menghilangkan diri hampir 4 bulan dan gagal dikesan oleh keluarganya sendiri. Pihak keluarga telah berusaha untuk menjejak beliau, namun tidak membuahkan hasil.

Bahkan, keluarga Fazliata sudah membuat laporan polis sejak 12 April yang lalu. Dan kali terakhir mereka melihatnya adalah ketika beliau berada di sekitar rumahnya pada jam 9.00 pagi menaiki kereta jenis Nissan Navara, warna putih, nombor pendaftaran KDL 8764.

Menurut Muhammad Ihsan yang merupakan rakan sekelas Fazliata di Pondok Pakman, Bukit Besar, Yan Kedah dalam hantaran terbarunya di laman Facebook:

Bantulah Sabahat Kami di Bulan Ramadhan Ini

Assalamualaikum, pada sahabat atau mana2 org awam yang mgenali sahabat kami Fazliata Taib (Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah) dan juga bekas pelajar Pondok Pak Man, mengharapkan mendoakan kesejahteraan beliau dalam keadaan sihat dan baik.

Jika ada ternampak atau bertemu dgn beliau, mohon memaklumkan pada pihak berkuasa. Beliau sahabat kami, tidak dapat di hubungi sejak bulan 4 yg lalu. dan bg pihak keluarga beliau, mereka telah sedaya upaya mcari sehingga ke hari ini dan juga laporan polis telah dibuat…

Kami di Siakap Keli mendoakan semoga segala dipermudahkan dan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mahupun ternampak kelibat pemain kelahiran Changlun Kedah ini supaya segera melaporkannya kepada pihak polis.

Sumber : Muhammad Ihsan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.