Debaran menjelang Aidilfitri sudah dirasai oleh semua masyarakat muslim seluruh negara khususnya di Malaysia. Mungkin ramai yang sudah menyediakan kelengkapan raya dan mungkin ada yang masih dalam proses.
Perfume atau minyak wangi sebenarnya ada cara pemakaiannya yang betul. Ada kalanya, ikut jenis jugak, ada yang bau kekal lama, ada yang tak sampai sejam, bau dah berkurangan.
Lupakan itu semua, hari ini SK nak kongsikan cara penyemburan minyak wangi pada bahagian tubuh badan dengan betul yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mungkin ramai yang tahu, dan mungkin tidak. Tahukah anda ada tiga bahagian yang berbeza untuk semburan minyak wangi. Antaranya bahagian panas (merah), bahagian tidak berapa panas (kuning) dan bahagian kurang panas (hijau).
Untuk pengetahuan anda, tempat semburan lelaki dan wanita adalah berbeza di mana bahagian-bahagian panas bagi keduanya adalah berbeza. Contohnya bahagian panas lelaki adalah leher, bahu dan bahagian bawah rahang.
Bagi wanita pula, bahagian panas berwarna merah adalah dibahagian belakang telinga, leher dan dada.
Semburan yang terbaik pada bahagian merah dan diikuti dengan bahagian kuning dan hijau.

Cara menyembur minyak wangi pada bahagian tubuh. Bahagian panas (merah), bahagian tidak berapa panas (kuning) dan…
Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on Saturday, 1 June 2019
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad