Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya, 14 Individu Dirakam Keterangan

Sofea
kes bunuh penuntut
Kredit: Bernama

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya, 14 Individu Dirakam Keterangan

Seramai 14 individu dirakam keterangan berhubung kes pembunuhan seorang pelajar sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Jumlah individu itu termasuk rakan serumah dan pensyarah mangsa, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, beberapa lagi individu lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat untuk melengkapkan siasatan.

Tambahnya lagi, pengesahan daripada pihak bank juga sedang diperolehi oleh pihaknya susulan terdapat transaksi yang dibuat menggunakan kad pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa selepas kematiannya.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya pembunuhan ini dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Terdahulu, mangsa telah ditemukan maut di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Selasa.

BACA: Pelajar Perempuan Ditemukan Maut Di Cyberjaya Disyaki Dibunuh

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan blunt force trauma to the head dan tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan rogol,” kata Norhizam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: Astro Awani, Bernama