Siakap Keli

Rupanya Ini Sejarah Hebat Tokoh Disebalik Nama Jalan Raja Chulan Yang Ramai Generasi Muda Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, nama Jalan Raja Chulan pasti tidak asing lagi bagi anda. Hatta anda yang berada di luar wilayah ini pasti pernah mendengar nama tersebut walaupun sekali dua. Siapa sebenarnya Raja Chulan dan apa jasanya hingga nama itu diabadikan di dalam sejarah?

Rupa-rupanya, ini kisah Raja Chulan yang ramai tidak tahu.

Penjawat awam Malaysia pertama dalam Pentadbiran British

Raja Chulan dilahirkan pada 1 Julai 1869 di Tanjung, Brambong. Raja Chulan mendapat pendidikan awal di Malacca High School dan kemudiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Raja Chulan merupakan orang Melayu malah Malaysia pertama yang menjadi anggota penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan British (Malayan Civil Service) MCS pada tahun 1890.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ahli Federal Law Committee pada 1924 di mana Raja Chulan merupakan individu bertanggungjawab mendesak British menerima lebih banyak orang Melayu menyertai pentadbiran kerajaan MCS.

Raja Chulan (kiri), Almarhum Sultan Idris I (kanan). (Gambar: OrangPerak.com)

Raja Chulan juga lantang dalam isu-isu lain disepanjang pentabiran British di Negeri-Negeri Melayu. Baginda tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ketika itu untuk mengenakan cukai import petrol dan minyak tanah kerana ianya akan membebankan rakyat bawahan.

Pesuruhjaya Tinggi British Sir Cecil Clementi pernah menyebutkan bahawa, tiada orang Melayu di zaman moden ini yang melaksanakan tugas dengan baik bagi negara dan rakyatnya berbanding Raja Sir Chulan.

Raja Chulan merupakan perintis (trendsetter) kepada penjawat awam orang Malaya di zaman British. Tidak keterlaluan jika Raja Chulan diberi gelaran Bapa Penjawat Awam Malaysia kerana beliau merupakan orang Malaysia pertama yang menjadi penjawat awam dalam pentadbiran British.

Cadang pembentukan Rejimen Askar Melayu

Gambar: Mafhq.mil.my

Dalam mesyuarat persekutuan 1931, Raja Chulan mencadangkan pembentukan rejimen askar Melayu untuk merangsang semangat cintakan negeri oleh orang Melayu. Raja Chulan juga seorang peminat kereta dan merupakan individu pertama di Malaya yang menggunakan kenderaan tanpa nombor pendaftaran tetapi cuma tulisan ‘Raja Di-Hilir’ sahaja di kereta baginda.

Raja Chulan dianugerahkan Highest Order of the British Empire KBE Knighthood yang membawa gelaran Sir oleh King George V pada tahun 1930.

Terima Kasih Raja Chulan!

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah

Amira

Love yourself.