Siakap Keli

Terlalu Popular, Belanda ‘Tertekan’ Dengan Masalah Lambakan Pelancong

Ibu negara Belanda itu mula menggesa pelancong lain untuk tidak datang ke Amsterdam dan pergi melancong ke tempat yang lain berikutan dengan lambakan pelancong yang datang ke sana sehingga mengganggu penduduk dan kemudahan yang disediakan.

Hal itu berikutan dengan masalah yang dikemukan oleh penduduk tempatan yang menggunakan jalan-jalan berbasikal di kota yang dijadikan taman permainan sehingga mengganggu aktiviti seharian penduduk.

Gambar: Pihak Berkuasa Tempatan memindahkan salah satu ‘sign’ tempatan, hanya kerana terlalau popular

Menurut Ellen van Loon, salah seorang OMA yang yang terlibat dalam penyesuaian bandar Amsterdam, tekanan yang sangat tinggi diberikan oleh penduduk selain lambakan pelancong sehingga membuatkan keadan sedikit tidak terurus menyebabkan pihak pemerintah mengeluarkan arahan agar pelancong pergi ke daerah lain di Belanda.

“Kami tidak mahu keadaan menjadi seperti Venice. Masalah yang kami hadapi sekarang hanya disebabkan Amsterdam sangat disukai oleh pelancong sehingga membuatkan penduduk yang tinggal di dalam bandar untuk satu tempoh masa terlalu ramai”

Walapun isu lambakan pelancong ini adalah sesuatu yang positif sehingga menghasilkan ekonomi bandar Belanda sekitar $91.5 billion setiap tahun, namun penduduk tempatan dan pihak penguasa tempatan risau jika lambakan pelancong akan memusnahkan bandar kosmopolitan ini.

Sumber: CNN

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia