Siakap Keli

Tidak Tahu Nasib Mereka, Lebih 800 Kes Kanak-Kanak Dan Remaja Hilang Dilaporkan Di Seluruh Negara Sehingga Hari Ini

Menurut perangkaan terbaru dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 834 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehingga hari ini.

Berdasarkan pangkalan data berkenaan, kes kana-kanak dan remaja hilang yang direkodkan bermula daripada tahun 2014.

Dari jumlah ini, seramai 572 orang merupakan perempuan manakala selebihnya lelaki iaitu seramai 262 orang. Kanak-kanak dan remaja yang belum ditemui ini terdiri daripada pelbagai bangsa majoritinya Melayu, 421; India, 137; Cina, 78 dan selebihnya lain-lain kaum.

Menurut laporan tersebut, kes tertinggi berlaku di Johor dengan 142 kes, diikuti Selangor, 140 kes, Kuala Lumpur, 115 kes dan Sabah, 100 kes.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh hubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di talian 03 2266 6313 atau emel [email protected],” tambah portal tersebut.

Negeri terendah kes kanak-kanak hilang ialah Perlis, 3 orang diikuti Terengganu, 11 kes, Pahang, 23 kes dan Kelantan, 28 kes.

Anda boleh menyemak senarai penuh disini.

Sumber: Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang PDRM

Amira

Love yourself.