Siakap Keli

“Innalilah, Lindungi Saudara Kami,” Gunung Sinabung Meletus, Keluarkan Awan Panas

Sekurang-kurangnya 20 buah kampung terjejas akibat daripada letusan Gunung Sinabung yang terletak di Tanah Karo, Indonesia. Letusan tersebut menyebabkan asap tebal yang memenuhi ruang udara dan tersebar sehingga ke negeri Aceh.

Gunung Sinabung dilaporkan meletus dengan ketinggian sehingga 7,000 meter di atas puncak dan kira-kira 9,460 meter di atas paras laut. Letusan kali ini dianggap sebagai letusan terbesar yang terjadi pada tahun ini. Kesannya, sebanyak 20 buah kampung terdedah kepada abu gunung berapi tersebut.

Berikutan itu, penduduk sekitar dinasihatkan agar menjauhkan diri dari zon merah yang telah ditetapkan. Menurut Natanail, Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik Agensi Pengurusan Bencana Daerah Karo, zon merah tersebut sangat bahaya untuk sebarang aktiviti menyelamat daripada fenomena alam semulajadi ini. Penduduk setempat juga dipindahkan dan mereka tidak akan dapat menjalankan kegiatan-kegiatan harian mereka buat sementara waktu.

Letusan Gunung Sinabung tersebut dicatatkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 120 mm dalam tempoh kira-kira 9 minit 17 saat. Penduduk dinasihatkan untuk memakai topeng ketika keluar rumah bagi mengurangkan kesan abu vulkanik terhadap tubuh badan. Pelancong juga disarankan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di beberapa kawasan yang terhad.

Pada masa ini, Gunung Sinabung berada di dalam status Tahap III (Stand-by) bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada 20 Mei 2019, Pusat Pengendalian Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) telah menurunkan status Gunung Sinabung dari Tahap IV Awas Hingga Tahap III Alert.

Sumber: MetroPekanBaru

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa