Siakap Keli

Mesej Ringkas Ayah Ainul Mardhiah Undang Tanda Tanya Rakyat Malaysia

Semalam, SK berkongsi perkembangan terbaru adik Ainul Mardhiah yang telah diterbangkan ke United Kingdom bagi menjalani rawatan berhubung penyakit yang dihidapinya selama ini, Germ Cell Tumor.

Ayahnya, Ahmad Safiuddin antara yang sentiasa memberi maklumat baru sepanjang mereka di sana.  Sebelum ini, Safiuddin meminta orang ramai khusus kepada rakyat Malaysia untuk sedekahkan Al-Fatihah buat jiwa dan diri Ainul agar terus kuat.

Ia adalah kerana, menurut salah satu posting miliknya kira-kira jam 11 malam tadi di Facebook, mereka sebagai ibu bapa tidak dapat menemani Ainul di dalam bilik pembedahan.

Walaupun mama dengan walid tak dapat teman, tapi kami berdua yakin, di dalam bilik itu sedang dipenuhi para malaikat yang dikirim Allah untuk menjagamu anak.

Walau bagaimanapun, 1 jam selepas itu, Safiudding berkongsi satu lagi posting ringkas, “Alhamdulilah.”

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan adik Ainul tertanya-tanya apakah status terkini bidadari itu.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Nur Farra