Siakap Keli
Gambar : Nor Hafiz

Pernah Diserang Strok Sehingga Hilang Ingatan, Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Mendapatkan Bantuan Kewangan

Laporan yang terbaru dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa angin ahmar merupakan  ‘pembunuh’ nombor tiga di negara ini. Ia ibarat silent killer yang menyerang hendap salur darah lalu menyebabkan penyempitan dan merosakkan tisu otak akibat kekurangan bekalan oksigen.

Pada kebiasaannya, pesakit yang diserang oleh strok akan lumpuh disebelah badannya dan lebih menakutkan adalah apabila ia mampu untuk membuat seseorang itu mengalami kecacatan kekal. Malah kos untuk merawatnya juga memerlukan belanja yang besar.

Semalam, Siakap Keli ada menyiarkan satu artikel berkenaan dengan bantuan kewangan yang boleh dituntut oleh pesakit kritikal. Ternyata ia mendapat pelbagai reaksi, pandangan mahupun perkongsian dari netizen, Namun, penulis tertarik dengan satu perkongsian yang ditulis oleh seorang pengguna laman Facebook, Nor Hafiz.

Gambar : Facebook

Terpanggil untuk mengetahui kisahnya tentang penyakit yang dialaminya dan bagaimana beliau mendapatkan bantuan, penulis telah menghubunginya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pernah Diserang Strok Sehingga Hilang Ingatan.

Saya kena stroke otak pada 25 Disember 2017 dan kepala saya ditebuk. Ketika itu saya hilang ingatan selama sebulan, lebih malang apabila saya tidak boleh bekerja. Dan semasa ingatan saya sudah pulih, doktor tetap tidak benarkan saya untuk bekerja. Saya betul-betul serabut waktu itu, macam mana saya nak dapat income?

Jadi, saya pergi mohon bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan Perkeso (skim pencen).

Untuk memohon dengan JKM perlu ada surat pengesahan sakit dari hospital. Pada kebiasaannya doktor akan berikan, tak perlu pergi ke pejabat rekod macam yang ade netizen komen tadi.

Sebab pejabat rekod ni untuk mohon skim pencen. Selepas saya dah dapat surat pengesahan doktor, saya terus pergi mohon bantuan di JKM dan bawa sekali surat sokongan dari pihak sekolah anak sy untuk mempercepatkan urusan kelulusan pihak JKM.

Gambar : Nor Hafiz

Surat kelulusan boleh mintak kat ketua kampung, pihak sekolah atau badan bukan kerajaan contohnya PEKIDA. Yang penting surat sokongan yang menyatakan penyakit yang dialami. Bila dah ada surat tu, seminggu je dah boleh lulus bantuan tu.

Manakala untuk skim pencen dengan Perkeso pula, ia perlu ditolak dari gaji sebanyak 12 kali dahulu baru boleh mohon. Caranya adalah pergi ke pejabat Perkeso dan ambil borang. Korang akan dapat dua jenis borang, satu borang untuk kita isi, satu lagiborang untuk diisi oleh pejabat rekod.

Kena bayar RM40.00 untuk submit borang tu kat pejabat rekod. Tapi untuk tunggu borang tu siap, paling kurang pun kena tunggu hampir 2 bulan. Bila dah dapat borang dari pejabat rekod tu terus bawa pergi Perkeso semula dan hantar. Insyallah dalam masa dua minggu akan lulus.

Gambar : Nor Hafiz

Skim pencen ni akan dibayar 50% dari gaji sebelumnya dengan syarat tidak boleh bekerja. Jika bekerja akan terbatal skim tu. Kalau nak kerja pun kena kerja yang tak tolak sSsco dan Epf. Tapi kalau jumlah tolak kiraan dari 12 kali, pihak Perkeso hanya akan memulangkan semula jumlah bayaran yang pernah dibuat.

Contohnya sebulan sosco tolak RM 5.00, hanya tolak 10 bulan so perkeso akan pulangkan semula rm50. Bagi baitulmal pula, korang bawak je surat pengesahan sakit ke baitulmal. Nanti on the spot akan di interview oleh pihak baitulmal sama ada kita layak or tak. Kalau tak layak baitulmal tetap bagi cuma sekali je. Kalau boleh kalau boleh biar pandai jawab.

Sumber : Nor Hafiz

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.