Siakap Keli
Gambar : Ahmad Safiuddin

“Terima Kasih Allah,” Ayah Ainul Minta Orang Ramai Terus Doakan Anaknya Lepas 5 Jam Pembedahan

Hari ketujuh bulan Syawal ini merupakan tarikh keramat buat pasangan Nurul Erwani Zaidi dan suaminya Ahmad Safiuddin apabila anak sulung mereka yang namanya sentiasa disebut dalam doa rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah berjaya menjalani pembedahan di London.

Segala syukur dan puji-pujian dilaungkan setelah khabar gembira itu mula berlegar-legar di media sosial sejak pagi tadi. Lebih membanggakan apabila Doktor Amalina, turut terlibat dalam operasi pembedahan untuk mengeluarkan tumor seberat 200gram itu.

Gambar : Ahmad Safiuddin

Terkini, ayah kepada Ainul Mardiah telah berkongsi luahan kegembiraan yang penuh dengan kesyukuran dalam hantaran terbarunya di laman Facebook. Menurut Safiuddin:

Jarang saya update lagi lambat dari orang lain. Tapi semalam sebab saya tak mampu nak berkata apa-apa selepas melihat ainul habis dari pembedahan. Perasaan yang pernah kami dapat waktu ainul lepas habis operation ketika usia ainul 10 hari.

Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam. Alhamdulillah, ainul telah selamat dari pembedahan. Team Pakar yang merawat ainul semalam telah berjaya mengeluarkan semua ketumbuhan ainul.

Sekarang ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring. Kita teruskan berdoa untuk ainul ya. Untuk makluman, ainul belum sedar lagi. Mereka bagi ainul ” tidur ” dulu sebab kalau ainul bangun, mungkin dia akan rasa sakit selepas pembedahan.

Jadi biar ainul rehat ye.

Sumber : Ahmad Safiuddin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.