Siakap Keli
Foto: Sportskeeda/Mvslim

”Solatlah, Ia Tiang Agama”, Paul Pogba Kongsi Kisah Meruntun Hati Sebelum Kembali Amal Ajaran Islam

Peminat bola sepak pasti mengenali nama Paul Pogba, seorang pemain profesional dari Perancis yang sedang hangat diperkatakan sekarang dek kerana gosip perpindahannya ke Real Madrid dari kelab Manchester United.

Namun, bukan itu yang ingin dibincangkan kali ini. Akan tetapi, ini adalah kisah yang dikongsikan Pogba tentang bagaimana beliau kembali kepada Islam baru-baru ini.

Walaupun ibunya seorang Muslim, Pogba tidak mengamalkan agama tersebut sejak dari lahir sehinggalah dia mula kembali mendalami agama berkenaan beberapa tahun kebelakangan ini.

Bercakap kepada The Times dalam satu temuramah baru-baru ini, beliau mengakui bahawa hidupnya mula berubah menjadi lebih baik sejak kembali mengamalkan kehidupan seorang Muslim seperti bersolat dan menunaikan haji.

”Menjadi Islam adalah segala-galanya. Ia membuatkan saya berterima kasih dengan hidup ini dan membuatkan saya terfikir mengenai makna hidup. Saya rasa lebih tenang di dalam,” kata Pogba ketika ditanya erti menjadi Muslim kepadanya.

“Ia mengubah hidup saya, menjadikan saya berubah kepada seorang yang lebih tenang dan solat jadikan saya insan yang lebih baik. Saya bersyukur atas segalanya,” katanya lagi.

Menurutnya, ketika beliau sedang mengalami tempoh sukar dalam hidupnya beberapa tahun lalu, Pogba telah mengikut rakan-rakannya bersolat dan mula menunaikan kewajipannya sebagai Muslim secara perlahan-lahan.

Foto: IG Paul Pogba

Hasilnya, kehidupan beliau beransur-ansur menjadi lebih mudah dan semakin baik dari hari demi hari. Malah baru-baru ini, beliau sempat menunaikan umrah bersama bintang Chelsea, Kurt Zouma di Mekah.

”Saya banyak mempersoalkan diri sendiri sebelum membuat kajian sendiri. Suatu hari saya nekad untuk menunaikan solat dengan rakan saya dan saat itu saya merasakan sesuatu yang berbeza.

”Sejak itu saya terus melakukannya. Anda perlu solat lima waktu sehari, ia adalah salah satu kewajipan paling utama dalam Islam dan anda wajib laksanakannya. Solat adalah tiang agama.” 

Sumber: DailyMail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi