Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ubat Titis Mata Bukan Penawar Rabun Jauh, Boleh Jadi Punca Mata Buta

Jika anda seorang yang rabun, janganlah percaya dengan produk titis mata di mana kononnya boleh membantu anda untuk sembuh dari rabun. Berkemungkinan jika anda berterusan menggunakannya, anda boleh mendapat penyakit Glaukoma. Dibawah ini adalah keterangan mengenai penyakit glaukoma.

Glaukoma adalah penyakit yang rumit di mana kerosakan berlaku pada saraf optik yang progresif dan boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal. Glaukoma adalah merupakan penyebab kedua kebutaan kekal.

Glaukoma biasanya dirawat dengan ubat titis mata dan atau laser. Kebanyakan kes, glukoma boleh dikawal dengan rawatan tersebut, lantas kehilangan penglihatan yang teruk dapat dicegah. Dalam beberapa keadaan pembedahan glaukoma juga dikenali sebagai trabeculectomy perlu dilakukan bagi mencegah glaukoma menjadi lebih teruk.

Kebanyakkan pesakit glaukoma beranggapan sekiranya menitis ubat mata, ianya akan sembuh tetapi ini hanyalah mitos. Tetapi anda perlu membaca atau membuat rujukan terlebih dulu.

Baca perkongsian daripada Public Health Malaysia ini untuk pengetahuan umum anda.

Seorang wanita dalam usia 20 an dirujuk ke klinik mata untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami masalah penglihatan sejak beberapa bulan lalu. Penglihatannya dahulu terang dan jelas dengan bantuan cermin mata semakin lama semakin kabur dan gelap gelita.

Pertanyaan lanjut mendapati beliau telah menggunakan ubat titisan mata yang di perolehi dari peniaga yang menjalankan satu demonstrasi khas di surau berhampiran.Ubat titis yang dikatakan dapat menyembuhkan rabun jauh itu telah digunakan selama beberapa bulan, 2 kali setiap hari. Pemeriksaan lanjut mendapati tekanan bebola matanya cukup tinggi! Tekanan tinggi ini menyebabkan saraf mata terhimpit dan menjejaskan penglihatan.

Ubat titis mata yang kononnya merawat rabun jauh itu sebenarnya adalah cecair steroid. Penggunaan ubat mata yang mengandungi steroid tanpa kawalan menyebabkan masalah Steroid Induced Glaukoma- buta berkekalan yang penuh kekesalan.

Sekiranya ada mana mana pihak yang mendakwa ubat titis mata mampu merawat dan menyembuhkan masalah mata seperti katarak, selaput mata, rabun jauh dan dekat. Ketahuilah ia adalah PENIPUAN semata mata.

Janganlah anda titik sebarangan kerana produk tidak sterile akan berisiko jangkitan mata. Selain itu, mengandungi bahan beracun dan kemungkinan mengalami risiko glaukoma dan kebutaan.

Ingatlah, ubat titis mata tidak menyembuhkan!

 

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang