Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Ainul Mardhiah, ‘bidadari’ Malaysia yang menjadi perhatian rakyat Malaysia telah selamat menjalani pembedahan pada Selasa lalu dan berjaya membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya.
Melalui beberapa hantaran oleh ayahnya, Ahmad Safiuddin, Ainul dilaporkan telah stabil dan berada dalam keadaan yang baik.
Sebentar tadi, Ahmad Safiuddin menerusi hantaran di laman sosial menjawab beberapa persoalan yang disuarakan oleh rata-rata pengguna media sosial di dalam ruangan komen.
Kebanyakan orang menanyakan tempoh Ainul berada di London dan bilakah Ainul boleh pulang ke Malaysia?

Menjawab persoalan tersebut, Ahmad Safiuddin menyatakan bahawa mereka juga tidak pasti akan tempoh tersebut tetapi mungkin dalam masa sebulan.

Tambahnya lagi, ketidakpastian mereka mengenai tempoh berada di London adalah kerana pihak yang merawat Ainul ingin memantau perkembangan Ainul dan memastikan ketumbuhan itu tidak berulang.
Walaupun dia dan isteri berhak untuk meminta membawa pulang Ainul ke Malaysia, tetapi demi kebaikan puterinya itu, mereka memilih untuk menyelesaikan semua perkara penting di London sebelum pulang ke tanah air.
Menjawab persoalan seterusnya iaitu bilakah boleh pulang ke Malaysia, dia menyatakan bahawa Ainul akan pulang setelah semua selesai. Ahmad Safiuddin juga menyatakan bahawa mereka akan membawa Ainul berjumpa dengan rakyat Malaysia yang baik hati dan prihatin terhadap nasib yang menimpa Ainul.

Dia juga meminta agar rakyat Malaysia terus mendoakan Ainul Mardhiah dan yakin Ainul akan berterima kasih kepada semua orang sekiranya dia mampu bercakap.
Sumber: Ahmad Safiuddin