Siakap Keli

Dua Bank Kena Tipu, Perompak Acah Nak Baling Bom Tangan Rupanya Buah Avokado

Avokado merupakan buah-buahan yang tergolong sebagai buah segar yang boleh diproses bagi pelbagai kegunaan. Selain menjadi bahan untuk dijamah, buah avakado turut digunakan oleh seseorang dalam kegiatan jenayahnya. Perkara ini adalah kerana terdapat seorang individu yang telah berjaya merompak dua buah bank dengan hanya menggunakan buah avokado.

Seorang lelaki menghadapi tuduhan rompakan selepas berjaya mengaut kira-kira RM34,542 dari dua bank di Beersheba pada bulan lepas. Rompakan pertamanya dibuat dengan cara memberikan nota kepada juruwang untuk mendapatkan duit.

“Letakkan wang dalam beg cepat atau saya akan lepaskan bom tangan ini.”

Ugutannya itu bersama buah avokado yang didakwanya sebagai bom tangan. Akibat takut, juruwang terpaksa menuruti arahan perompak itu. Bentuk buah seakan bom itu dicat dengan warna hitam. Disebabkan itu, dia berjaya keluar daripada bank berkenaan dengan jumlah wang rompakan sebanyak RM18, 520 dalam bentuk tunai.

Selang lima hari daripada kejadian tersebut, lelaki yang sama mengulangi perbuatannya di bank yang berlainan.  Modus operandi yang digunakan sama, iaitu dengan mengancam untuk meletupkan kawasan dengan menggunakan buah avokado.

Pihak polis telah berjaya mengesan lelaki tersebut menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan identitinya. Berdasarkan rekod lepas, lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun kerana merompak.

Sumber: Times Of Israel

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa