Siakap Keli
Gambar : Ahmad Safiuddin

Ketahui Fakta Tentang Germ Cell Tumor Yang Dihidapi Oleh Adik Ainul Mardhiah

Semalam tarikh bermakna buat Ahmad Safiuddin dan isterinya apabila anak perempuan mereka berjaya menjalani pembedahan di London. Ainul Mardhiah, seindah orangnya, nama bayi berusia lapan bulan itu sentiasa disebut dalam doa seluruh rakyat Malaysia sejak April lalu.

Lebih mengagumkan adalah apabila ia mampu membuka mata masyarakat tentang keprihatinan rakyat negara ini. Ramai yang terharu dengan sikap ambil berat orang ramai yang sanggup menjual harta mahupun barang kesayangan semata-mata untuk membantu bayi yang menderita ketumbuhan di bahagian mulutnya.

Gambar : Ahmad Safiuddin

‘Gelombang Ainul Mardhiah’ nyata menggegar pelusuk negara ini di mana setiap saat orang ramai senantiasa ternanti-nanti pekembangan terbaru mengenainya. Dan dalam tak sedar, fenomena ini sebenarnya memberi pendedahan baru kepada masyarakat tentang Germ Cell Tumor yang dihadapi oleh bayi comel ini.

Germ Cell Tumor

Sebenarnya terma ‘germ cell’ (sel germa) berasal dari perkataan germinate yang bermaksud membesar. Ia merupakan sejenis sel di dalam badan yang yang selalunya berada di dalam testis atau ovari. Lalu ia akan menghasilkan sel sperma mahupun ovum. Persenyawaan dua sel tadi akan menghasilkan sel zigot yang bakal membesar menjadi manusia.

Justeru, Germ Cell Tumor ini terjadi apabila sel germa tadi membahagi secara tidak terkawal. Ketumbuhan ini boleh dihidapi oleh semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, orang dewasa atau golongan tua. Namun ia merupakan sejenis kanser yang jarang ditemui.

Contoh Kromosom X & Y (Gambar : WebMD)

Dikatakan kira-kira 900 orang kanak-kanak dan orang dewasa didiagnos dengan tumor sel germa ini di Amerika Syarikat setiap tahun. Tumor ini terbahagi kepada dua iaitu Malignant iaitu ketumbuhan yang membesar dengan cepat serta mampu merebak dan benign yang tumbuh secara lambat dan tak merebak.

Tumor Malignant mempunyai beberapa jenis seperti yolk sac, embryonal carcinoma, teratoma dan choriocarcinoma.

Punca Terjadinya Germ Cell Tumor

Menurut satu kajian, perubahan dalam gen sel germa yang tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya tumor namun setakat ini pihak doktor masih belum dapat memastikan mengapa perubahan itu terjadi.

Tetapi ada juga kajian yang menyatakan bahawa ia mempunyai hubungkait dengan genteik keturunan. Bayi yang lahir dari keluarga yang ‘mempunyai sejarah’ kecacatan tubuh badan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi Germ Cell Tumor.

Sumber : Cure Search  & WebMD

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.