Siakap Keli

Restoran Sampai Tutup, Pekerja Dipecat Gara-Gara Rekod Nama ‘Jackie Chan’ Dalam Resit

Resit pembelian merupakan bukti terhadap sesuatu urusan jual beli yang melibatkan wang ringgit. Melalui resit pembelian, pelbagai maklumat seperti nama juruwang bertugas, harga barang, jumlah wang dibayar dan juga baki yang dipulangkan akan dipamerkan. Selain itu, terdapat juga resit pembelian yang mempamerkan nama pelanggan. Kebiasaannya, nama pelanggan yang dipamerkan di dalam resit ini terdapat di kedai-kedai yang memerlukan pelanggan untuk menunggu dalam beberapa tempoh masa.

Seorang pekerja di China telah dipecat gara-gara merekodkan nama pelakon terkenal ‘Jackie Chan’ ke atas resit pembelian seorang pelanggan Korea. Tindakan diambil diatas perbuatannya yang dikatakan menimbulkan unsur-unsur perkauman.

Tony Choi, pelanggan Korea yang berkunjung di kedai tersebut meminta namanya direkodkan sebagai ‘Zack H’ di dalam resit pembelian.

Sebagai orang Korea, saya rasa terhina. Pekerja di situ tidak dapat berhenti ketawa. Hari ini, saya tinggalkan kedai itu dengan rasa marah dan cuba untuk tidak membiarkan anak saya tahu akan perkara tersebut.

Calvin Caldwell mendakwa seorang juruwang menulis perkataan ‘nigger’ di dalam resit pembeliannya.

Saya rasa ia perbuatan yang kurang hormat. Saya fikir ia sangat kasar. Terutamanya saya pelanggan yang membayar dan juga pelanggan setia yang sering datang ke restoran itu. 

Kedua-dua pekerja yang melakukan perkara tersebut telah dipecat dan kedua-dua cawangan minuman tersebut ditutup selepas insiden tersebut.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif, meminta maaf atas tindakan pekerja itu. Beliau juga telah mengesahkan status pekerjaan mereka yang telah disingkirkan dan rancangan syarikat untuk membetulkan keadaan.

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa