Siakap Keli

Siasatan Terhadap Video Seks Jadi Kutamaan SKMM

Cyberjaya : Siasatan terhadap video seks tular yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang menteri, menjadi keutamaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak.

Beliau berkata Jawatankuasa Jenayah Siber, iaitu kerjasama antara polis dan SKMM, menjalankan siasatan terperinci sejak video itu tular dalam media sosial pada Selasa lepas (11 Jun).

“Kami (SKMM) menjalankan siasatan seperti yang lazimnya dilakukan, sudah tentulah bersama-sama polis dalam usaha menyegerakan (siasatan) kes ini. Kes ini membabitkan kepentingan negara, maka ia menjadi satu keutamaan,” katanya kepada sumber selepas menghadiri majlis menandatangani Ikrar Mengutamakan Pengguna antara SKMM dan syarikat telekomunikasi utama di sini hari ini.

Diilhamkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, inisiatif itu merupakan satu lonjakan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih  baik kepada pengguna.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.