Siakap Keli
Gambar Hiasan

Latih Anak Perempuan 5 ‘Benda’ Sebelum Meningkat Usia Remaja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup. Dalam kebanyakan situasi, asuhan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan anak.

Cara mendidik anak adalah berbeza, tambah-tambah lagi bila mendidik anak perempuan. Umur berapa yang sangat bagus untuk didik anak ialah pada usia mereka 2 tahun. Ia kelihatan agak kejam tetapi umur tersebut adalah ‘waktu emas’ seseorang anak.

Kenapa ianya dinamakan ‘waktu emas’, kerana ketika ini semua pancaindera anak sudah sempurna dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak mereka. Disinilah letaknya kebijaksaan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak khususnya anak perempuan. Itulah sebabnya tanggungjawab ini besar dan memerlukan seni.

Sebenarnya ada beberapa ‘benda’ yang perlu kita tanamkan pada diri anak-anak sejak dari kecil sebelum mereka meningkat usia remaja, bukan hanya sekadar menyuruh anak bertudung. Mari kita teliti 5 ‘ benda’ ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya.

1. Latih mereka untuk MENGADU pada kita kerana banyak masalah sosial berlaku bila anak perempuan merasa kekok untuk mengadu pada ibupanya sendiri

2. Latih mereka untuk MALU bila berhadapan dengan orang asing dan ajnabinya kerana malu adalah benteng pertahanan terkuat seorang wanita

3. Latih mereka untuk MENGAWAL & MENGURUS EMOSI kerana masalah emosi adalah masalah terbesar seorang wanita

4. Latih mereka sifat EMPATI & MEMAHAMI kerana ianya sangat diperlukan ketika mereka berumahtangga nanti

5. Latih mereka untuk MERASAI KESUSAHAN kerana ianya cara terbaik untuk mengajar mereka resilien, iaitu kemampuan dan daya tahan diri untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran hidupnya nanti.

Mudah-mudahan perkongsian ini membawa manfaat kepada pembaca Siakap Keli khususnya. Paling penting, sentiasa bekalkan anak-anak dengan pengetahuan agama supaya mereka mempunyai pegangan yang lebih kukuh dalam mengharungi zaman serba mencabar ini.

Sumber: Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang