Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Andai Aku Boleh Undur Masa,” Aliff Aziz ‘Throw Back’ Saat Indah Menikahi Bella Astilah

Baru-baru ini tular isu penceraian penyanyi terkenal Aliff Aziz bersama bekas isterinya Bella Astillah kerana kecurangan. Tempoh perpisahan mereka baru sahaja genap sebulan.

Terbaru, di status laman Instagramnya telah memuatnaik kembali dua keping gambar perkahwinannya yang diijabkabulkan pada 9 September 2016.  Menerusi status itu berbaur seperti dia ingin merujuk semula kepada bekas isterinya dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik.

Dia mengaku sebagai manusia biasa semua pernah buat salah dengan pilihan mereka sendiri. Dia juga menyeru orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk dia dan keluarganya bersatu.

Menurut Aliff dalam statusnya, pada tanggal 9 September 2016 adalah hari ynag sangat ajaib dalam hidupnya di mana Allah telah memberkati dia dan seorang wanita(bekas isteri) yang luar biasa untuk berkongsi hidup.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Bella kerana melahirkan seorang zuriat yang bijak sebagai tanda cinta mereka.

Dia juga ada berpendapat di mana status ini akan memberi pelbagai pendapat daripada orang luar, namun jika Allah menjodohkan mereka kembali, Aliff ingin menjadi ayah dan suami yang terbaik untuk keluarhanya. Aliff juga berharap hidup Bellah akan diberkati selalu.

Ada beberapa netizen yang menyokong jika mereka berdua kembali rujuk semula.

“I doakan yang terbaik untuk U dan Bella, belum terlambat untuk U berubah…”

 

“Everyone deserve a chance…jika jodoh itu milik mereka Insha Allah”

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk keluarga mereka.

https://www.instagram.com/p/ByxzF-ggdwY/

 

Sumber: Aliff Aziz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang