Siakap Keli
Gambar Hiasan

5 Cara Mudah Nak jadi Suami Dan Ayah Yang ‘Awesome’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan harus bersedia dari segala segi sebelum sah menjadi seorang suami dan isteri kerana pastinya alam perkahwinan ini bukanlah perkara yang mudah dan cinta sahaja tidak dapat menjamin keutuhan sesebuah rumah tangga.

Sebagai seorang yang bergelar bapa dan suami, pastinya anda menginginkan sesuatu yang terbaik kepada keluarga anda. Tugas seorang bapa tidaklah mudah dan tanggungjawab yang harus dipikul juga amat berat. Dengan bebanan yang dipikul ini juga kita perlulah menjadi seorang bapa dan suami yang paling hebat.

Dek kerana jarang kita dengar tips kepada para suami, ini beberapa tips mudah untuk suami dan bapa menjadi lebih hebat sebagai ketua keluarga. Mari kita teliti satu per satu tips mudah ini daripada Dr Taufiq Razif.

1. Seorang suami yang baik adalah selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau. 

2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah

3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri

4. Jadi ’emphatic listener’ pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!

5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.

Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh bonding luar baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah.

Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu. Semoga rumahtangga anda menjadi lebih damai dan ceria.

Sumber: Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang