Masih tidak tahu nak buat apa dengan duit raya yang diterima anak-anak anda?
Usah fikir lagi, laburkan saja dalam unit amanah ASB atau ASB 2 (Akaun Remaja/Bijak) untuk membina tabungan demi masa depan mereka. Kalau sudah ada tabungan nanti, mudahlah untuk mereka gunakan apabila memerlukan kelak.
Bagaimana menyertai kempen ini?
Caranya mudah sahaja, buka akaun ASB/ASB2 untuk anak-anak anda atau buat pelaburan tambahan dalam akaun sedia mereka sepanjang tempoh kempen dari 7 Jun hingga 11 Ogos 2019.
Dimana nak melabur? Pilih saja satu daripada cara berikut :
- Cawangan ASNB
- Ejen ASNB
- Secara online menerusi portal myASNB atau
- Perbankan Internet menerusi Maybank2U/CIMBClicks/AffinOnLine/ RHB Now
Penyertaan adalah secara automatik apabila anda melabur dengan unit ASB atau ASB 2.

Apa yang paling susah, bagaimana nak pujuk anak anda supaya setuju untuk melabur?
Tip mudah dari kami
Gunakan formasi 10:20:70 iaitu benarkan anak anda membelanjakan 10% daripada duit yang diterima untuk diri mereka sendiri, galakkan mereka berkongsi 20% daripadanya untuk bersedekah atau berkongsi rezeki dengan keluarga adik beradik atau kawan-kawan mereka manakala 70% lagi diketepikan untuk simpanan dan pelaburan.
Dengan cara ini, anda dapat mendidik anak-anak anda untuk menggunakan wang mereka secara berhemah dan pada masa yang sama, melabur untuk masa depan.
Jom jadikan Aidilfitri sebagai wadah untuk anak-anak anda mengenal cara mengurus wang yang terbaik untuk dijadikan amalan pada masa depan.
*Untuk terma dan syarat serta maklumat lanjut, sila klik link berikut : http://www.asnb.com.my/laburraya.php
Kredit: Amanah Saham Nasional Berhad