Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
dr akmal infak gaji
Gambar: BERNAMA
Dr. Akmal Infak Gaji Bulan Ini, Kongsi Rezeki Demi Masa Depan Anak Melaka

Hannah

Dr. Akmal Infak Gaji Bulan Ini, Kongsi Rezeki Demi Masa Depan Anak Melaka

Dalam suasana kos sara hidup yang semakin mencabar, isu pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan sering kali terpinggir daripada perhatian umum.

Namun, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau merangkap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, menarik perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap nasib anak-anak yang masih belum mempunyai buku sekolah atau belum mampu membayar yuran persekolahan.

"Tidak tergamak saya ambil gaji..."

Apa yang lebih menyentuh perasaan, Dr. Akmal menyatakan kesediaannya untuk menginfakkan gaji beliau bagi membantu membeli buku sekolah dan menampung yuran persekolahan anak-anak yang memerlukan.

Menurut beliau, bukan semua kesusahan dapat dilihat dengan mata kasar. Ada keluarga yang memilih untuk berdiam diri walaupun dalam kesempitan, demi menjaga maruah dan harga diri.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa atau penjaga yang memerlukan bantuan agar tampil memaklumkan perkara tersebut.

Difahamkan, langkah ini diambil supaya tiada anak yang tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana kekangan kewangan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa tidak sampai hati untuk menerima gaji sedangkan masih ada anak-anak di bawah tanggungjawabnya yang tidak mampu bersekolah dengan sempurna.

"Susah kita kadang-kadang orang tak tahu.

"Kepada sesiapa warga DUN Merlimau ataupun warga Jasin, yang anak-anaknya masih lagi belum beli buku sekolah atau yuran sekolah, tolong maklum kepada saya untuk saya kongsi rezeki.

"Saya nak infakkan gaji saya bulan ini untuk belikan buku anak-anak dan yuran sekolah supaya anak-anak kita dapat belajar sama dengan anak orang lain.

"Tidak tergamak saya ambil gaji ketika ada anak-anak di bawah jagaan saya tidak mampu ke sekolah dengan baik.

"Kita kongsi rezeki dan kasih sayang bersama," tulisnya dalam hantaran itu.

Semoga usaha murni ini bukan sahaja meringankan beban ibu bapa. Malah, menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu dan mengubah masa depan mereka ke arah yang lebih baik.