Siakap Keli

Elak Dari Jadi Mangsa Penjenayah Di Tempat Letak Kenderaan Dengan 8 Tips Keselamatan Ini

Penjenayah akan sentiasa mencari peluang bagi melakukan kerja terkutuk mereka. Setiap daripada kita mempunyai kemungkinan yang sama untuk menjadi sasaran kumpulan ini, terutamanya ketika berada dalam persekitaran kondusif jenayah berlaku, sunyi dan gelap.

Oleh itu, kita disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa mereka. Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebook mereka telah berkongsi 8 tip keselamatan ketika berada di tempat letak kenderaan.

Gambar hiasan. (Gambar: Britannica.com)

Berikut adalah lapan tip keselamatan di tempat letak kenderaan:

1. Elakkan parkir kenderaan di tempat yang gelap dan sunyi.

2. Parkir di kawasan yang cerah dan berhampiran dengan pintu atau lif.

3. Jangan sesekali tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan.

4. Elakkan mendekati kenderaan jika ternampak mana-mana individu yang tidak dikenali berdekatan dengan kenderaan anda.

5. Pegang kunci sebelum menghampiri kenderaan.

6. Setelah memasuki kenderaan, segera kunci dan pandu keluar.

Gambar hiasan.

7. Jangan malu atau segan untuk meminta bantuan pengawal keselamatan menemani anda sehingga ke pintu kenderaan, sekiranya hari sudah lewat malam.

8. Jangan berlengah-lengah di tempat letak kenderaan bagi mengelakkan anda menjadi sasaran.

Orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan kejadian jenayah yang boleh berlaku di tempat letak kenderaan.

Sumber: PDRM

Amira

Love yourself.