Siakap Keli
Foto: FB Kamek Miak Sarawak

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Jika kita mengunjungi pasar raya bersama keluarga, sudah pasti anak-anak kecillah yang menjadi individu paling seronok. Pasti kita pernah melihat kanak-kanak kecil ini berlari riang dalam kawasan pasar raya, bukan?

Akan tetapi, golongan dewasa perlu mengambil tanggungjawab untuk memerhatikan serta mengawal mereka agar tidak terdedah kepada bahaya. Bukan sahaja penculikan, hilang dan sebagainya, akan tetapi peralatan-peralatan di pasar raya juga boleh mengundang akibat buruk kepada anak-anak kecil ini.

Antara peralatan yang berbahaya bagi kanak-kanak di sana ialah eskalator atau tangga elektronik. Seringkali kita dengar kejadian seperti kaki tersepit di eskalator, baik di dalam dan di luar negara.

Namun, lain pula ceritanya mengenai satu kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya di Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Jari seorang kanak-kanak telah tersepit di bahagian bawah eskalator menyebabkan jarinya berdarah.

Foto: FB Kamek Miak Sarawak
Foto: FB Kamek Miak Sarawak

Bagaimanapun, keadaan semasa kanak-kanak tersebut tidak dapat dipastikan. Diharapkan anak kecil berkenaan berada dalam keadaan yang baik dan telah menerima rawatan sepatutnya.

Kejadian ini telah menerima maklumbalas yang bercampur-baur dari kalangan wargamaya dan kebanyakannya menyalahkan ibu bapa mangsa. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak menyalahkan ibu bapa mangsa sepenuhnya berkenaan kejadian ini.

“Jadikan iktibar dan pengajaran. Tiada ibu bapa yang mahu perkara ini terjadi kepada anak sendiri. Selalunya, malang tidak berbau,” tulis seorang pengguna di Facebook.

Sumber: FB Kamek Miak Sarawak

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi