Siakap Keli
Foto: Screen Rant

Avengers: Endgame ‘Versi Baru’ Akan Ke Pawagam, Penonton Berpeluang Tonton ‘Scene’ Tambahan

Filem Marvel Avengers: Endgame telah ditayangkan di Malaysia bermula dari 24 April yang lalu. Namun, percayakah anda, masih ada lagi yang masih menonton filem itu di pawagam ketika ini?

Ya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Atas sebab itulah kutipan tiket filem berkenaan semakin menghampiri kutipan tiket bagi filem terbanyak dalam sejarah, Avatar dari hari demi hari.

Menurut Screen Rant, kutipan tiket semasa bagi Avengers: Endgame adalah sebanyak $2.743 billion sambil Avatar pula merekodkan kutipan sebanyak $2.788 billion. Perbezaan di antara dua filem berkenaan ketika ini ialah sebanyak $45 juta.

Ramai yang berpendapat bahawa Endgame tidak akan dapat memintas Avatar sebagai filem dengan kutipan tiket tertinggi di dunia memandangkan kadar penonton di pawagam bagi filem itu dilihat mula bertambah perlahan.

Tapi, tunggu dulu. Pihak Marvel nampaknya mempunyai idea yang berlainan. Mereka didakwa bakal hadir dengan Avengers: Endgame ‘versi baru’ pada minggu hadapan.

Menariknya, filem itu akan hadir dengan beberapa babak baru yang tidak ditayangkan pada Endgame yang sedia ada di pawagam ketika ini. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige.

Bagi menambah keterujaan peminat Marvel tempatan, pihak GSC Cinemas telah memuatnaik satu kiriman di Twitter rasmi mereka baru-baru ini.

Kiriman yang disertakan dengan poster Avengers: Endgame, seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka akan menayangkan versi baru filem ini nanti.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara spesifik berkaitan babak tambahan yang akan ditayangkan nanti. Namun, ada dakwaan yang mengatakan ia hanyalah babak ‘post-credit’ sahaja dan ia adalah eksklusif di pawagam sahaja.

Sekiranya betul, sanggupkah anda menghabiskan kira-kira tiga jam menonton semula filem yang sudah ditonton semata-mata untuk mengetahui ‘post-credit’-nya sahaja? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Screen Rant, ComicBook, GSC Cinemas

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi