Siakap Keli
Gambar: mothership

(Video) Lelaki Ini Sanggup Panjat Ke Tangki Air Untuk Berak Dan Kencing Kerana Tak Puas Hati Dengan Jiran

Kebanyakan orang akan menyelesaikan perselisihan faham dengan jiran melalui perbincangan atau melalui pengantara bagi menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan baik.

Namun di Taichung, Taiwan ini pula ada cerita yang disebaliknya apabila seorang lelaki warga emas yang tidak berpuas hati dengan jirannya telah melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan melakukan perkara yang agak ekstrim.

Lelaki itu telah dilaporkan melepaskan ketidakpuasan hatinya itu dengan membuang najisnya ke dalam sebuah tangki air pangsapuri tempatnya menetap.

Ceritanya bermula apabila lelaki yang berumur 69 tahun itu menyewakan sebahagian daripada rumahnya kepada sebuah syarikat telco untuk dijadikan sebagai stesen pangkalan. Mengikut daripada persetujuan penyewaan itu, lelaki yang bernama Lin itu akan dibayar sebanyak NT$12,000 (RM1,607.50) sebulan.

Segala peralatan yang dipasang oleh syarikat telco tersebut dipasang tanpa pengetahuan jirannya itu. Berang dengan tindakan syarikat telco tersebut, jirannya itu terus membuat laporan supaya segala peralatan syarikat itu segera dialihkan.

Atas tindakan jirannya yang membuat laporan berkenaan hal tersebut, Lin telah kehilangan sumber pendapatannya. Berang dengan hal tersebut, Lin kemudiannya merancang bagi membalas dendam terhadap jirannya itu.

Tidak lama kemudian, penduduk di pangsapuri tersebut mengadu bahawa air paip mereka berbau pelik manakala ada penduduk yang lain mengalami alahan akibat daripada meminum air dari paip yang terdapat di rumah mereka.

Apabila pihak pengurusan meneliti kandungan kamera litar tertutup yang terletak di atas bangunan berhadapan dengan tangki tersebut, mereka terus mengenal pasti punca daripada masalah tersebut.

Difahamkan, Lin telah didapati memanjat tangga tangki air pangsapuri tersebut diantara Jun 2017 sehingga Julai 2018.

Lin telah dilaporkan kencing, berak serta mandi didalam tangki tersebut sebulan sekali.

Sebotol ‘sample’ air dari tangki tersebut telah diambil untuk duji di makmal. Hasil daripada ujian yang dilakukan menunjukkan, air yang diambil dalam tangki tersebut mengandungi paras ammonia yang tinggi.

Apabila jiran-jirannya itu bersemuka dengan Lin berkenaan perbuatannya terhadap tangki air tersebut, dia menyatakan kepada jiran-jirannya itu bahawa, “Cukup bernasib baiklah anda semua kerana tidak mati selepas minum air tersebut”.

Dengan segala bukti yang ada, pihak pengurusan bangunan tersebut segera menghubungi pihak polis bagi mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas lelaki tersebut.

Semasa proses perbicaraan mahkamah dilakukan, Lin mendedahkan bahawa dia bukan sahaja cuba menjejaskan bekalan air yang terdapat di bangunan tersebut.

Dia juga turut dilaporkan telah merosakkan panel kawalan lif pangsapuri itu serta paip air pada tahun 2018.

Semasa sesi pembelaan dirinya dijalankan, Lin berkata bahawa meminum air yang tercemar dengan urin tidak akan merbahayakan nyawa seseorang.

Selepas mendengar hujahan pembelaan yang dilakukan Lin, hakim mahkamah yang tidak bersetuju dengan hujahan Lin telah menyatakan bahawa najis berpotensi mencemar sesuatu benda serta boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Akibat daripada perbuatannya itu, Lin telah disabitkan bersalah dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 bulan serta denda sebanyak NT$160,000 (RM21,405.65).

Sumber: Asia One

Aqmal Ezany

I write what is right