Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: The Daily Research)

Penyelam Dikhuatiri Hilang Di Perairan Miri

MIRI, 24 Jun (Bernama) — Seorang penyelam dikhuatiri hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri pada 4.10 petang semalam.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan, Ho Soon Lee, 41, seorang lelaki tempatan sedang melakukan selaman rekreasi di lokasi 4.5 batu nautika barat laut Miri ketika kejadian berlaku dan memakai peralatan menyelam yang lengkap.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan 9.40 malam tadi setelah APMM menerima laporan mengenai kehilangan penyelam itu pukul 9.35 malam dan keluasan sektor pencarian adalah 79 batu nautika persegi.

“Bot peronda milik Maritim KM Stapa telah bergerak ke lokasi kejadian pada 6.45 pagi ini. Selain pasukan selaman APMM, pihak kami turut memohon bantuan pasukan selaman Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di