Siakap Keli

Kementerian Pendidikan Malaysia Arah Tutup Sekolah Insiden Pencemaran Bau Pasir Gudang

Berikutan pencemaran bau yang dikesan pada pukul 6.30 petang semalam, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menutup semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar daerah Pasir Gudang.

Tindakan ini berkuat kuasa mulai 25 Jun 2019 sehingga 27 Jun 2019 bagi tujuan mengelak gangguan kesihatan seperti muntah-muntah, loya dan pening dalam kalangan pelajar.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan.

Kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan 111 Sekolah di Bawah KPM di Pasir Gudang Ditutup Ekoran Insiden Gangguan Kesihatan Pelajar.

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Monday, 24 June 2019

Ekoran insiden ini, sebanyak 111 buah sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditutup bagi memberi ruang kepada kerja-kerja mengatasi isu ini.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.