Setiap pekerjaan pasti ada pro dan kontra. Walaubagaimanapun, janji ianya halal untuk kita menyara kehidupan pada masa akan datang. Tetapi, bagaimana pula dengan cabaran kerja yang sedang kita jalankan? Adakah ia memberi kesan dalam kehidupan seharian kita? Ketahui 10 jenis pekerjaan yang menyebabkan kadar kemurungan tingi.
Mungkin bekerja sebagai kumpulan sokongan pengurusan, akan sentiasa menerima pelbagai bentuk arahan dan pelbagai pihak dan permintaan yang tinggi dari pihak atasan.
Bagi individu yang bekerja dalam bidang kreatif sering mengalami masalah untuk mendapatkan bayaran tetap, pekerjaan yang melebihi masa dan terasing dengan orang ramai.
Lain pula yang bekerja sebagai perkhidmat di restoran dan penyelenggaraan. Mungkin mereka sering mendapatkan layanan yang buruk dari pelanggan, gaji yang rendah dan sangat memenatkan.
Setiap kerjaya ada cabaran yang berbeza, sila dapatkan bantuan sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom kemurungan.
Bagi pekerja yang berkhidmat sebagai kumpulan sokongan pengurusan, mereka sentiasa menerima pelbagai bentuk arahan dari…
Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 26 June 2019
Ini 10 pekerjaan kadar kemurungan yang tinggi
1. Penjaga kanak-kanak dan warga emas
2. Pekerja restoran makanan
3. Pekerja khidmat sosial
4. Anggota kesihatan
5. Artis, penghibur dan penulis
6. Guru
7. Kumpulan sokongan pengurusan
8. Pekerja penyelenggaraan
9. Akauntan
10. Jurujual
10 pekerjaan ini kemungkinan mengalami gejala kemurungan seperti ini:
- Sedih, bimbang melebihi 2 minggu
- Mudah tersinggung dan hilang tumpuan
- Hilang keyakinan diri
- Perasaan bersalah dan perubahan berat badan
- Tidak mahu meneruskan kehidupan
Jadi, jika anda tergolong dalam kumpulan pekerjaan ini, sentiasa dalam keadaan gembira dan tabah menghadapi setiap ujian yang diterima. Lagi satu, apabila berada di tempat kerja, lemparkan senyuman kepada semua orang yang anda temui.
Ya, langkah yang tidak perlu sebarang modal ini mempunyai ‘kuasa besar’ dalam menjadikan hidup anda lebih ceria.
Sumber: Public Heatlh Malaysia